15.11.09

CuTi - CuTi MaLaYSia

Wah! Lagi seminggu nak cuti sekolah. Best la sungguh! Dan yang pastinya budak-budak sekolahlah yang paling suka hati. Tiba - tiba jer teringat zaman budak-budak sekolah beberapa tahun lepas (cheeewah!). Tapi masalahnya aku kurang pasti cuti sekolah yang manakah paling best dan bergaya untuk aku. Rasanya time cuti sekolah aku banyak dok melepak kat rumah saja. Habis sangat pun pi rumah sedara mara yang paling jauh pun kat Kedah. Hahaha! Tapi tak kisahlah. Sedar diri bahawasanya tiada sesiapa yang boleh bawa aku jalan - jalan macam budak-budak lain dulu. Dan sebab itulah aku rapat dengan persekitaran rumah aku. Hahaha lagi! Dan sampai sekarang aku aku tetap tak dapat dipisahkan dengan persekitaran rumah aku. Hahaha! Hahaha! Dan hahahaha lagi!

Satu lagi, time cuti sekolah ni la ramai yang berlumba-lumba buat majlis walimatul urus. Maklumlah masa yang senggang perlu diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Idak gitu weh? Dan memang tak menang tangan nak susun jadual waktu mengunjungi rumah tuan kenduri. Kalau tak pergi, mau kecik hati orang tuh. Tak baik kan. Dan selalunya aku akan menyerahkan tugas pergi makan kenduri pada mak dan dua orang pakcik aku. Selalunya kalau kenduri sedara mara ada buah tangan yg dikirimkan kepada orang yang dok kat rumah. Hahaha! Berbaloi.

Dan satu lagi, acara yang paling ditunggu-tunggu sudah hampir tiba. Acara dwi tahunan yang sangat mengujakan. Harap-harap tahun ni dapatlah pergi lagi. Kalau tak tidur kat sana, pergi balik hari pun dah kira okay. Yeah! LIMA '09 tunggu akuuuuuuu!!





KaLaM DaLaM KeLaM
Pagi tadi...
"Kak cik wjb mai *hb nnt. not p amik hr jumaat... xmai kita putus saudara!"

Hahaha!! Kuang ajaq sungguh spupu aku neh. Main ugut-ugut plak. Mampos aku kalo tak pi. Hahahaha! Macam la aku tak mo pi. Hahahaha!!
Oh ya! Sebelom lupa, SELAMAT PENGANTIN BARU kepada semua bakal mempelai yang akan melangsung perkahwinan.... termasuk sepupu aku tuh! Hahahaha!!


5 comments:

Mak Su said...

ooh, nak gi langkawi ek?

achik said...

tu la kecik2 dulu cuti sekolah duk lepak rumah je.. mana mampu nak gi cuti-cuti malaysia..

Pa'chik said...

nanti ngundi kat jerlun tompang tidoq umah ang naaa... :P

Pyanhabib said...

selamat hari raya haji!

DeeN said...

Mak Su: Hehe.. Insya Allah kalo tadak tiang letrik tumbang!

Achik: Tu la, dulu2 asyik nak kene ngekor kluarga jer. kan, kan, kan

Pa'chik: Aku tak kesah kalo pokcik samo jantino ngan aku. Mari ler. Kalo tak samo aku bagi dok semejid jer la. Nak tak? Hehe...

Pak Pyan: Selamat berkorban, Pak Pyan!