7.11.09

CeRiTa KeDai KoPi

Satu hari di Kota Metropolitan.

Aku: (Dengan mulut muncung) Nak tau tak kak, nama anak si 'toooot' tuh kan panjang lebaq sungguh. Sampai pat patah perkataan. Tapi nama bapak cinonet jer. Haha!
Kakak merangkap cikgu: (Dengan wajah ala2 Siput Sarawak) Akak malas sungguh kalo nama anak panjang2 neh. Udah la susah time menulis nama dalam buku nanti. Pastu time exam, kesian kat budak tuh nak menulis selai demi selain. Nak panggil nama time dalam kelas lagi. Loghat (baca: leceh) sungguh. Kan, kan, kan....!?
Aku:
Hahahaha!! Betul, betul, betul!(
Sambil tutup mulut. Takut tersembur air liur)
Adik kepada kakak merangkap cikgu: Lagi satu kan, letak nama anak berjela-jela. Tapi time nak panggil tuh just bape hurup jer. Katakan nama anak Nur Eryna Qistina Balqis (bukan nama sebenar ... kekeke) last-last panggil Eryn saja. Tak ka membazir namanya. (Dengan mata sengaja dibeliak-beliakkan)
Aku:
Ekekekeeeke!! Pon betul, betul, betul! (Sambil gelak sampai pejam mata)




Cerita Dalam Gambar:
Anak sedara kembarku yg suka buat 'onar'. Huhuk!

Muah! Muah!



KaLaM DaLaM KeLaM

Oh Ya! Tahniah buat Intan di atas kelahiran puteri sulong tanggal 5 Oktober lalu. Semuga ceria dan gigih menguruskan si manja (NEQB Bt G) yang sangat banyak akal (baca: ulah) tuh! Chaiyok! Chaiyok! Hehehe!

10 comments:

LORD ZARA 札拉 said...

namaku panjang berjela kak~
kih3
nama abag separuh dari namaku~
hehehe~

zino said...

trend sekarang letak nama berjela... kalau zaman dulu senang je bubuh nama.. peah la peot la komeng la senang nak sebut hehe

Pa'chik said...

letak je nama panjang bin pendek...

ad3ck said...

Memang pesen skang laa deen. Kalau nama Nur Eryna Qistina Balqis, kita boleh panggil Nur, Erin, Erina, Qis, Tina, Qistina, Balqis. Best tuh byk nama eheheehe.

Pa'chik said...

ad3ck... kalau part balkhis tu... mesti jadik BALA... :P

blackpurple @ jowopinter said...

Letak nama panjang-panjang berpeluh bakal suami nak sebut masa akad nanti. Hehehe!

Mak Su said...

hehehe, nama maksu pendek jer... senang nak ingat :)

DeeN said...

ZaRa: selalunyer nama budak laki, pendek2 jer kan, kan, kan ;)

UnCle ZiNo: Bukan fesyen jer ikut trend uncle, nama pon tak ketinggalan sama. trendy bak kata org kampung saya. Hehehehe...!

Pa'CHik: Camno kalo kene gelak? Sian kat budak tuh bila besaq nanti. Hahaha..!

D3cK: Haha.. tidak syak lagi. Memang macam2 buleh pangge. Tp pendek2 jer la. Cipuuut!

Pa'cHik: Mmg dah agak dah pokcik akan tingat kat dak Achik @ Balkhis @ BALA tuh... kan, kan, kan! ;)

PuRp: Bukan takat bakal suami berpeluh, dgn2 to kadi tuh asyik ngelap peluh kat dahi time nak nyebut nama pengantin pompuan nnt. Hahaha..!

MaK Su: Psttt! Apa nama penuh Mak Su...? Tak mo habaq kuat2, mai bisik kat tinga saya neh. Hehe..! ;)

Pa'chik said...

kena gelak takpe.. dapat pahala peri....

achik said...

tu la buh nama panjang sgt last2 panggilnya secoit je..

cis pac'hik.. sempat mengata saya.. hampeh tul!! ;p