15.11.09

CuTi - CuTi MaLaYSia

Wah! Lagi seminggu nak cuti sekolah. Best la sungguh! Dan yang pastinya budak-budak sekolahlah yang paling suka hati. Tiba - tiba jer teringat zaman budak-budak sekolah beberapa tahun lepas (cheeewah!). Tapi masalahnya aku kurang pasti cuti sekolah yang manakah paling best dan bergaya untuk aku. Rasanya time cuti sekolah aku banyak dok melepak kat rumah saja. Habis sangat pun pi rumah sedara mara yang paling jauh pun kat Kedah. Hahaha! Tapi tak kisahlah. Sedar diri bahawasanya tiada sesiapa yang boleh bawa aku jalan - jalan macam budak-budak lain dulu. Dan sebab itulah aku rapat dengan persekitaran rumah aku. Hahaha lagi! Dan sampai sekarang aku aku tetap tak dapat dipisahkan dengan persekitaran rumah aku. Hahaha! Hahaha! Dan hahahaha lagi!

Satu lagi, time cuti sekolah ni la ramai yang berlumba-lumba buat majlis walimatul urus. Maklumlah masa yang senggang perlu diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Idak gitu weh? Dan memang tak menang tangan nak susun jadual waktu mengunjungi rumah tuan kenduri. Kalau tak pergi, mau kecik hati orang tuh. Tak baik kan. Dan selalunya aku akan menyerahkan tugas pergi makan kenduri pada mak dan dua orang pakcik aku. Selalunya kalau kenduri sedara mara ada buah tangan yg dikirimkan kepada orang yang dok kat rumah. Hahaha! Berbaloi.

Dan satu lagi, acara yang paling ditunggu-tunggu sudah hampir tiba. Acara dwi tahunan yang sangat mengujakan. Harap-harap tahun ni dapatlah pergi lagi. Kalau tak tidur kat sana, pergi balik hari pun dah kira okay. Yeah! LIMA '09 tunggu akuuuuuuu!!





KaLaM DaLaM KeLaM
Pagi tadi...
"Kak cik wjb mai *hb nnt. not p amik hr jumaat... xmai kita putus saudara!"

Hahaha!! Kuang ajaq sungguh spupu aku neh. Main ugut-ugut plak. Mampos aku kalo tak pi. Hahahaha! Macam la aku tak mo pi. Hahahaha!!
Oh ya! Sebelom lupa, SELAMAT PENGANTIN BARU kepada semua bakal mempelai yang akan melangsung perkahwinan.... termasuk sepupu aku tuh! Hahahaha!!


7.11.09

CeRiTa KeDai KoPi

Satu hari di Kota Metropolitan.

Aku: (Dengan mulut muncung) Nak tau tak kak, nama anak si 'toooot' tuh kan panjang lebaq sungguh. Sampai pat patah perkataan. Tapi nama bapak cinonet jer. Haha!
Kakak merangkap cikgu: (Dengan wajah ala2 Siput Sarawak) Akak malas sungguh kalo nama anak panjang2 neh. Udah la susah time menulis nama dalam buku nanti. Pastu time exam, kesian kat budak tuh nak menulis selai demi selain. Nak panggil nama time dalam kelas lagi. Loghat (baca: leceh) sungguh. Kan, kan, kan....!?
Aku:
Hahahaha!! Betul, betul, betul!(
Sambil tutup mulut. Takut tersembur air liur)
Adik kepada kakak merangkap cikgu: Lagi satu kan, letak nama anak berjela-jela. Tapi time nak panggil tuh just bape hurup jer. Katakan nama anak Nur Eryna Qistina Balqis (bukan nama sebenar ... kekeke) last-last panggil Eryn saja. Tak ka membazir namanya. (Dengan mata sengaja dibeliak-beliakkan)
Aku:
Ekekekeeeke!! Pon betul, betul, betul! (Sambil gelak sampai pejam mata)




Cerita Dalam Gambar:
Anak sedara kembarku yg suka buat 'onar'. Huhuk!

Muah! Muah!



KaLaM DaLaM KeLaM

Oh Ya! Tahniah buat Intan di atas kelahiran puteri sulong tanggal 5 Oktober lalu. Semuga ceria dan gigih menguruskan si manja (NEQB Bt G) yang sangat banyak akal (baca: ulah) tuh! Chaiyok! Chaiyok! Hehehe!

2.11.09

2 MaLaM Di iBuKoTa


"Dik, seat nombor berapa?" Pakcik drebar tersengih2 sambil belek muka aku.
"Nombor 3A, pakcik!" Jawab aku konfiden. Aku senyum, telus.
"Dik, ni seat 4A la. 3A kat depan la..! Hahahahahaaaa!! Hooo .... malu, malu!" Pakcik drebar kata dengan sinis sambil gelak-gelak dan terus berlalu ke depan.
"Laaaa... ya ka! Takpa, takpa...tak malu pun. Silap teknik ja!" Aku jawab dengan penuh intergriti. Di samping cuba mengawal diri.
Dalam hati..."Cheh! Sekalipun aku silap, jangan plak gelak-gelak cam tuh. Mangkuk@#$%^&* punya pakcik drebar!"
Terus cepat-cepat tukar seat depan!






KaLaM DaLaM KeLaM

Bila dah lama tak merantau, kadang - kadang rindu pulak. Bila dah dapat peluang, rasa beruntung. Dan bila melangkah pulang, rasa sayu sangat! Tapi apa pun, semuanya ada hikmah! Allah punya rencana, tak molek dipersoal. Mungkin satu masa kita dapat menerima ketentuanNya!

21.10.09

BaHaSa JiWa

Detik waktu terus berjalan| Berhias gelap dan terang| Suka dan duka tangis dan tawa| Tergores bagai lukisan Seribu mimpi berjuta sepi| Hadir bagai teman sejati| Di antara lelahnya jiwa| Dalam resah dan air mata| Kupersembahkan kepadaMu| Yang terindah dalam hidupku Meski ku rapuh dalam langkah| Kadang tak setia kepadaMU| Namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMU Maafkanlah bila hati| Tak sempurna mencintaiMU| Dalam dadaku harap hanya diriMU yang bertahta Detik waktu terus berlalu| Semua berakhir padaMU..!
*Rapuh - oPiCK*

Perjalanan di muka bumi Allah memang satu rencana yang panjang, tiada penghujung. Tidak tahu di mana mula, apatah lagi bila akhirannya. Manusia cuma makhluk biasa yang tidak punya upaya. Mungkin secara fizikalnya, manusia nampak kuat. Tapi bagaimana dengan hati? Jiwanya? Segagah luarannya? Tidak! Hati manusia sangat rapuh. Sangat lemah. Sedikit ujian bisa membuatkannya rebah. Mampu mengubah pegangan hidup. Mampukah dihadapi tanpa pertolongan dariNYA? Dapatkah diharungi bersendirian tanpa petunjuk dariNYA? Tidak, tidak dan tidak! Kerana manusia tidak sesempurna yang disangka. Kerana manusia tetap punya khilaf. Kerana manusia tidak mampu mengemudi jalan hidupnya sendirian.

Bertatih insan mengharungi pelbagai cabaran. Menempuh ujian. Men
ghadapi cubaan. Menepis godaan. Moga jiwa tidak rapuh. Mohon hati tetap teguh. Ya Allah, rungkaikanlah kekusutan yang membelit tangkai hati. Pancarkan nur' yang bisa memberi sinar pada jiwa - jiwa yang kabur! Sesungguhnya tiada manusia yang benar - benar sempurna. Mohon ampun bila hati kadangkala lalai bersujud padaMU!


KaLaM DaLaM KeLaM


13.10.09

- TaDaK TaJuK -

Apa perasaan korang bila kita tak dapat apa yang kita nak? Apa pulak perasaan korang bila orang sekeliling kita berjaya dapat semua yang mereka inginkan? Jeles? Marah? Benci? Sakit hati? Sedih? Rasa rendah diri? Atau semuanya sekali? Memang perkara biasa jika ditenggelami dengan semua jenis perasaan di atas. Ya! Mungkin rasanya tak salah mempunyai rasa sebegitu. Apatah lagi kita rasa sudah pun buat yang terbaek untuk dapatkan apa yang kita ingini. Dan rupanya yang terbaek itu belum cukup untuk kita meraih semua impian atau cita-cita atau keinginan yang terlalu dihajati. Makanya, haruskan meletakkan silap / salah kepada sesuatu atau sesiapa? Jika ya, siapa atau apakah yang patut disalahkan? Ke mana telunjuk akan ditundingkan? Diri sendiri? Orang lain? Atau takdir?

Tapi sejauh mana korang akan bereksperimentasi dengan semua jenis rasa yang hadir? Adakah sekadar mengeluh? Menangis? Ataupun redha dengan ketentuan takdirNYA? Pernahkah terfikir untuk lari dari kenyataan dan enggan mengakui bahawa anda sebenarnya insan yang gagal? Bunuh diri? Na'uzubillah!

Walau apapun kehendak kita, tinggi manapun impian kita, sedalam mana rasa cinta kita kepada sesuatu keinginan, ingatlah! Yang Maha Merancang, Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Menentukan - DIA lah Penguasa Alam!






KaLaM DaLaM KeLaM

Err... cobaan aku untuk bereksperimentasi sebagai seorang 'ahlil nujum'! Menafsir diri dari pelbagai sudut, samada berilusi dengan mitos mahupun berpijak di dunia realiti! Hehehe...!