5.7.11

Menyesal Pun Tak Guna

Assalamualaikum wbt...

Kembali lagi. Sari berita penting. Seorang suami merasa menyesal kerana telah berterus terang dengan isterinya bahawa beliau telah berpoligami. Akibat daripada pengakuan tersebut sang suami terpaksa menerima pengakuan isterinya bahawa dia juga mempunyai kekasih baru. Berita bersambung selepas iklan ubat nyamuk cap gajah. Tut!

Menyesal, menyesal, menyesal. Hm.. apa pun tak dapat. Boleh tujukan lagu?

Bercakap pasal menyesal ni (kat atas tu cuma contoh ringan - ringan jer), ramai yang berperasaan demikian setelah melakukan atau berkata sesuatu terhadap orang lain. Sebab tu ada pepatah mengatakan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, apa pun tak dapat! Nak tarik balik pun, benda dah terlajak buat/cakap, mana boleh rewind macam video/cd/dvd. Oleh itu, kena fikir dulu baru buat. Tapi kalo dah egois tuh, nak buat camner. Redah jer la. Try mintak maaf, pastu tengoklah apa yang boleh dibuat. Lain la kalau ada teknik/taktik lain yang lebih kreatif. Takpun cuba buat hati kering. Buat donno jer. Agak - agak boleh tu, kira ok la.

Hm.. korang rasa korang pernah jadik macam ni ker. Menyesal setelah buat something. Ada? Ada? Bukan apa, sebenarnya aku pun tengah rasa macam tu gak. Tu pasal keluar entri ni. Apa boleh buat, bila ego mencanak - canak. Hahaha... implikasinya... haha .. apa pun tak dapat. Padan muka aku. Huhuhu~

Wasallam. Take care semua~

4 uLaSaN:

Mak Su said...

hhhmmmm....sesal dahulu pendapatan, kan...

diskopi said...

Mohon maaf. Tumpang singgah untuk menyampaikan berita. Harap tidak mengganggu.

Bersih 2.0: Merakam Semangat Zaman/Capturing The Spirit Of The Times – Pertandingan Menulis Esei dan Cereka di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Lebih daripada RM6,000.00 untuk dimenangi + buku-buku + tshirt diskopi + peluang untuk karya anda diterbitkan di dalam bentuk buku!

Kalau anda berminat untuk terlibat di dalam usaha bersama merakam semangat zaman dan memenangi hadiah-hadiah tersebut, sila baca butiran, syarat dan peraturan pertandingan ini di:

http://diskopi.wordpress.com

Anda boleh juga download poster pertandingan menulis esei dan cereka ini di dalam format jpeg file dan meletakkannya di blog, website atau facebook anda.

Tolong war-warkan tentang pertandingan ini kepada jaringan dan kawan-kawan anda baik yang di online mahu pun offline!

Terima kaseh.

kingbinjai said...

ada juga... tapi bukan yg poligami tu laa

blackpurple @ jowopinter said...

Memang tafsiran menyesal macam itu kan. Dah buat baru terasa...