Detik waktu terus berjalan| Berhias gelap dan terang| Suka dan duka tangis dan tawa| Tergores bagai lukisan Seribu mimpi berjuta sepi| Hadir bagai teman sejati| Di antara lelahnya jiwa| Dalam resah dan air mata| Kupersembahkan kepadaMu| Yang terindah dalam hidupku Meski ku rapuh dalam langkah| Kadang tak setia kepadaMU| Namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMU Maafkanlah bila hati| Tak sempurna mencintaiMU| Dalam dadaku harap hanya diriMU yang bertahta Detik waktu terus berlalu| Semua berakhir padaMU..!
*Rapuh - oPiCK*
Perjalanan di muka bumi Allah memang satu rencana yang panjang, tiada penghujung. Tidak tahu di mana mula, apatah lagi bila akhirannya. Manusia cuma makhluk biasa yang tidak punya upaya. Mungkin secara fizikalnya, manusia nampak kuat. Tapi bagaimana dengan hati? Jiwanya? Segagah luarannya? Tidak! Hati manusia sangat rapuh. Sangat lemah. Sedikit ujian bisa membuatkannya rebah. Mampu mengubah pegangan hidup. Mampukah dihadapi tanpa pertolongan dariNYA? Dapatkah diharungi bersendirian tanpa petunjuk dariNYA? Tidak, tidak dan tidak! Kerana manusia tidak sesempurna yang disangka. Kerana manusia tetap punya khilaf. Kerana manusia tidak mampu mengemudi jalan hidupnya sendirian.
Bertatih insan mengharungi pelbagai cabaran. Menempuh ujian. Menghadapi cubaan. Menepis godaan. Moga jiwa tidak rapuh. Mohon hati tetap teguh. Ya Allah, rungkaikanlah kekusutan yang membelit tangkai hati. Pancarkan nur' yang bisa memberi sinar pada jiwa - jiwa yang kabur! Sesungguhnya tiada manusia yang benar - benar sempurna. Mohon ampun bila hati kadangkala lalai bersujud padaMU!
KaLaM DaLaM KeLaM
7 comments:
...dan aku juga mohon ampun Tuhan~
aku manusia yang acapkali lalai~
Kak, tahniah~
Kamu buat aku terjaga~
manusia, mmg tiada yg sempurna.. sentiasa rapuh..
hepi belated besday.. sori daku asyik lupa nak wish sedangkan frenster duk ingatkan awal sebelum tu.. :)
dalam .. sungguh dalam. asal jangan lemas.
belated birthday ya? Happy belated birthday DeeN! semoga bahagia dan sihat senantiasa :D
fizikal manusia pun terserlah lemahnya. tidak bisa hidup di dalam laut spt ikan dan terbang spt unggas.
Hmmmmmm...
tq
terima kasih deeeeeeeeeeen kerana mengingatkan ;)
Post a Comment