7.7.09

ReMPiT - RaYau - RaYaP

Sejahtera ke atas kamu sekalian!
Tukar kepala bl
og lagi?? Hehe! Kan aku pernah kata yang kepala blog aku akan sentiasa bertukar (macam kepala otak aku gak) mengikut keadaan semasa. Nah! Itulah dia. Ramai (ramai ke?) yang komplen aku lama tak updet blog yg tak seberapa neh. Itulah, bila hidup tak terurus makanya hal2 lain pon nampak macam dah tak terurus (nampak jer macam, tapi tak semestinya). Hahaha! Tapi dalam keadaan kusut masai pon, sempat lagi aku merayau - rayap. Ah! Tulis banyak2 pon tak kena, korang layan jer gambar2 neh. Cerita panjang pon orang boring plak kan. Zasss!!



On the way, pak munawe


Jom masuk. Er... awat keliwon sangat rumah ni?


Yang selalu makan dagingnya tapi tak kenal tuan empunya daging, ini lembu ya. Boleh juga dipanggil kau.. eh..eh.. cow!


Rumah dia, syurga dia!


Di mana Joe Jambul?? Err....!


Nama tempat yg aku pergi ni, diambil sempena nama kubur inilah.
Kubur Panjang!
Nak tau sejarahnya? Er.. jangan tanya aku, aku pon tak tau!


Jangan tanya aku ini sawah sapa!



Tepi jalan pun boleh shoot!


Pastikan kereta anda punya cermin sisi!


Ok! Adik dah ngantuk. Jom tidoq! Zzzzzz!!!!


KaLaM DaLaM KeLaM
Caption yang aku buat takder kene mengene dengan caption metro ya, tuan2 & puan2!
Hahaha!
P.s: Jangan tanya aku bila lagi blog ini akan di updet. Harap maklum.

11 comments:

achik said...

cantik shoot!!! :D

Mak Su said...

comeinyer gambar baby tu tidoq, tak nak amik gamba maksu tidoq ker?

nanti sat, nak nyorok di sebalik pokok bunga sat

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Deen!

aku rindu kamu update..uhuks~

Wanie Boahari said...

akk..kat kedah kn nie??
i miss kedah so much la..
windu nk tgok sawah padi..
mis uum jugak...hehhehe

DeeN said...

aCHiK;
Hehehe... makasih. Tengkiu to potosop too. Walaweh!!

MaK Su;
Aisey Mak Su, toksah la nyuruk2. Tak padaiyappa la! Caner nak amik gambo neh nanti. Hahahaha..!

ZaRa;
Owh! Sorry ku buat kau rindu. Hehehe..!! Terharu neh!

WaNie;
Camner prektikal? Ada orang buli tak? Kalo ada bagitau, bior akak ketuk diorang ngan mesin potostate. Ekekekeke..!!

Senang2 nanti mai la Kedah yg indah permai neh. ;)

Pa'chik said...

gila hape hapdet sebulan sekali nih... kikiki...

messyremo said...

best tol lembu tu landing..
mesti perut dh kenyang...
aku jer yg lapo skang nih..

izinni said...

lembu itu sungguh seksi! buat daging bakar cecah air asam tu sedapppp. kalau tak pun salai pastu buat masak lemak cili api daging salai dengan terung pipit. walllaaaaa!

wahhh ...adik tido ramai bodyguard tolong jaga. hehehehhe

izinni said...

tengah rajin sebab otak tengah tepu. heheheh

Dulu kubur tu saiz biasa je, tetapi sekarang jarak antara dua batu nesan di bahagian kepala dan kaki memanjang sehingga mencecah 8.6 meter. Sebab kepelikan tu, tempat tu dinamakan Kubur Panjang. Ia terletak di daerah Pendang, Kedah. sampai sekarang takde siapa tahu mengapa dan bagaimana batu nesan itu boleh `bergerak' dari tempat asalnya hingga menambah ukuran panjang kubur itu.

Kubur tu dikelilingi banyak kubur lain di tanah wakaf seluas 0.4 hektar di tepi jalan utama. orang kampung kata depa tak jelas usia kubur tapi cerita2 lisan yang depa dok dengar kata, kubur panjang tu ada kaitan dengan kisah janji tidak ditepati.

Lebih 200 tahun dulu dua beradik yang berasal dari Pattani, Thailand, berhijrah ke sebuah kampung nama Kampung Budi di Mukim Lesong kira-kira 10 kilometer dari Kubur Panjang. Depa tu ada ilmu kebatinan dan guru silat yang disegani sehingga salah seorang daripadanya dilantik menjadi ketua kampung. depa rajin bercucuk tanam dan bersawah sampai boleh kumpul harta yang banyak.

tiap kali lepaih musim menuai penduduk buat pertandingan menyabung ayam dan lokasi paling popular untuk kegiatan itu ialah di Kampung Mempelam Susu. satu hari pertandingan besar-besaran diadakan dan seorang penduduk jadi juara lepas kalahkan ayam sabung lain.

Lepas tu dua beradik itu dicabar supaya bertanding dengan juara tu. Depa bawak ayam sabung masing2 tapi taknak lawan sebab depa datang nak tengok je, bukan nak sabung. tapi lepas didesak, salah sorang setuju lawan. Akhirnya ayam salah seorang daripada dua beradik itu berjaya mengalahkan pencabar tu. penduduk dah seronok dok suruh depa adik beradik lawan sabung ayam sama sendiri. mula2 depa taknak sebab kalau kalah mesti kena boo punyalah.

Last2 depa mengalah jugak sebab penduduk kampung loklak sangat dok desak depa tapi dengan syarat sapa yang kalah tak boleh kena boo. Akhirnya ayam adik lelaki itu kalah. si abangnya dok seronok sangat lupa syarat jangan sorak. Dia bantai sorak seronok sama2 dengan yang dok tengok .

Malu punya pasal, si adik cabut keris terus tikam dada abang dia. Sebelum mati si abang pesan kat adik tu suruh jaga anak isteri dia baik2. sebab menyesal, si adik tu bantai bunuh diri guna keris dia tikam abang dia tu.

Masa usung jenazah untuk dikebumikan di Kampung Budi, orang kampung terkejut sebab dua-dua jenazah itu tiba-tiba jadi makin berat sampai terpaksa stop banyak kali. Last2 pasal dah tak larat nak ngusung, depa kebumikan si adik kat tepi jalan je. si abang depa bawak sampai Kampung Budi untuk disemadikan.

Peliknya bila orang kampung ziarah kubuq si adik esoknya, batu nesan kubuq tu dah berubah kedudukan sampai jadi panjang lagu tu. Sebab tu tempat tu nama dia jadi Kubur Panjang.

teks diubahsuai lepas cilok dari sini ->http://fuad1307.blogspot.com/2006/04/misteri-kubur-panjang-di-pendang.html

akirasuri said...

Saya suka gambar nombor 5 dari atas :D

Jard The Great said...

comel ar.. ehehe