3.6.09

1001 MaLaM

Abis citer jaga budak kecik demam, timbul pulak citer baru yang menyebabkan banyak hari aku tak mengadap pc apatah lagi menghapdet blog. Rupanya demam pon boleh berjangkit. Buleh dikatakan family aku semuanya demam. Walaupun bukan secara berjemaah, (tapi lebih kepada masbuk) memang sadis jugak la. Lepas budak kecik, demam berpindah pada kazen2 aku. Mujur ada ambulans sukarelawan yg mengangkut para pendemam ke klinik. Makanya ambulans sukarelawan ni boleh dikatakan seminggu 3-4 kali juga berkeliaran di klinik yg sama. Pergh! Rasa macam keroje kat klinik tu jek.

Pastu, ari Ahad lepas, 2 orang kazen aku plak masuk jawi (baca: bersunat) yang melayakkan depa dapat lesen kawen, ekekekekekkee! So, kene la buat persiapan 'kenduri'kan diorang. Bapa kazen2 aku tuh (baca: pak sedara aku le) plak nak buat kenduri sempena anak dia bersunat plus naik rumah baru, so agak terbesar sket la majelisnya. Pada mulanya, aku tak ambik bahagian di jabatan memasak, tp aku menyebuk kat jabatan pasang khemah. Tp disebabkan aku jer sorang pompuan kat jabatan tuh, makanya aku ditendang ke bahagian memasak. Err.. bukan kena masak, tp kene angkat periuk, pinggan, cuci2, dan seumpama dengannya. Dek kerana boring tugasan camtuh, makanya aku melarikan diri dengan memberi alasan yg sangat releven. Akhirnya aku dapat balik tido dengan jayanya! Wakakaka!

Oh ya! Hari ni pon masih sempat menjadi pembantu ambulans - bawak kazen pompuan aku (yg gambonya pernah enterprame kat blog aku neh) ke KMC. Dia kene tonsil. Mak ayah dia sibuk bekoreja carik duit, makanya akulah kene menyamar jadik penjaga dia. Dan setelah dikompom tonsilnya membengkak dengan jayanya, makanya sebagai penjaga aku buat keputusan nak terus doktor pakar kasik buang itu tonsil. Wo! Kurang lebih 3 k gak ler kosnya. Setelah menyakinkan diri sendiri yg aku hanya penjaga pada nama, dan bukan tukang kluarkan duit. Makanya ditetapkan tarikh operation 22hb Jun neh. Er... harap2 pokcik aku sempat ler korek2 duit kat mana patut sebelum tarikh tuh. Wawawawa!!

Dan Insya Allah minggu depan, mak aku akan sambut dua cucu baru secara berjemaah. Kembor! Dan Insya Allah, mak aku akan angkut aku sekali jaga cucu kembor merangkap anak sedare aku kat umah abang aku. Dan Insya Allah, aku akan menjadik babysitter yg berkakilebar! Uwoo! Hmm.. korang agak2 kan, bila masa aku plak nak berkeroje neh? Uwoooawoooooo!!


KaLaM DaLaM KeLaM
Dapat tak korang bayangkan aku berkakilebar menjadik seorang runner yg berjaya! Nampaknya ada hikmahnya jugak aku buat keputusan balik dok sini.
.
Sekian, alasan2 aku sebab apa aku jarang dan akan jarang2 hapdet blog. Terima kaseh!

8 comments:

zino said...

banyak pengalaman nanti tu hehe

Pa'chik said...

wei... mana nye gambo sawah tuh... sekeh kang!!! :P

achik said...

ko dah abis blajar ek?

MrsMama said...

deen...akak pun ada tonsil.bukan nak takutkan ko...staf akak cite buang tonsil sakit sangat.Pastu dia tak bole makan keras2 walupun dah sebulan.Skrg dah dua bulan pun makan lembut2. Bila kita buang tonsil...senang kuman2 masuk tekak. Kalu tak buang memang selalu lah sakit tekak dan selsema. Nurin pun sama macam akak gak. Mak dan adik akak pun tonsil. Adik akak lagilah tiap2 ari sakit tekak tapi doktor yang scan dia cakap kesakitan tu dia mampu tahan so tak payah buang.

blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah! Tahniah! [Tahniah utk apa pun aku tak tau...Hehehe!]

khairyn said...

multi tasking gitu... jangan lupa masukkan segala butir-butir terperinci ke dalam borang CV untuk mencari kerja :P

KAMATO said...

kejap masbuk, kejap jemaah....banyak pahala ni

hayad said...

hahahaha. lawak giler. mmg boleh jd seketeri yg berjaya. semua benda dilakukan dgn jayanya,hehehe