24.5.09

SaTu HaRi.....!

Isk! Jadik pulak dah!
Selalu sangat insiden tidak berbau beraksi depan jalan masuk ke rumah aku. Petang semalam jadik pulak. Bunyi berdentum agak keras menggigit gegendang telinga semua orang dalam koloni aku. Eksiden! Motor langgar motor. Yang uniknya kali ni, kelima-lima mangsa adalah kaum hawa. Ironinya kaum hawa adalah spesis yg cermat dan berhati-hati dalam apa jua situasi. Tapi bila takdir itu datangnya dari Maha Esa, segalanya mungkin. kan?

Aku buat apa? Apa lagi aku boleh buat selain tolong tengok dan tolong papah makcik yang tetiba pitam (bila time nak dipapah tu le dia menggelungsur tersepuk atas tanah). Lepas tu, aku bagi chance la kaum2 ibu yg sangat sibuk dan prihatin, take over tugas memapah makcik tu bersandarkan kepada 2 sebab. Pertama; time tuh aku pakai kain batek. Seriau gak waktu tengah sibuk2 memapah makcik tuh, karang terbuat free show plak. Kedua; 4-5 orang kaum ibu lebih agresif daripada aku dari segi tenaga dan mulutnya. Boleh batuk berdarah aku dibuatnya! Tapi yg uniknya kaum adam yg 4-5 orang di tempat kejadian yg jugak berperanan besar misalnya; memerhati tingkah laku mangsa, membelek motor2 mangsa, menemubual 2 orang mangsa remaja yg agak ranggi. Dan ada juga yg sempat membuat komen terhadap kenapa makcik itu tetiba bleh pitam. Ada juga yg melihat sambil senyum kambing yg aku sendiri tak tahu apa motifnya.

KaLaM DaLaM KeLaM
Pendek kata, sekian insiden kemalangan jalan raya di kampung aku! Harap2 lepas ni jangan ada sesapa yg tertiarap di atas jalan berturap di hadapan jalan masuk ke rumah aku yg merupakan simpang tiga yg terlindung tanda berhentinya dan patah papan signboardnya! Sila toleh kanan, kiri dan pandang depan, mungkin time tu adik2 aku tengah melintas jalan!

8 comments:

zino said...

ada yg prihatin membantu.. dan ada yg prihatin menengok je.. hehe

zino said...

ada yg prihatin membantu.. dan ada yg prihatin menengok je.. hehe

Pa'chik said...

stetmen ko pasal berhati-hati tu... sangat lawak wehhhh.... kikiki...

WRA said...

naper terlindung pulak ek tanda berhenti nya? Ada pokok2 besar ek?

achik said...

kelima-lima mangsa.. err bape motor yg terlibat?

oh2 minggu lepas aku ternampak eksiden motor.. mak aih, nampak mamat tu 'melayang' dari motor dia.. ngeri sungguh.. seb baik la masa tu aku dlm kete tgh drive.. nampak seimbas lalu je..

Kujie said...

wahhhhhh..seksi tu dgn berkain batek!

Anonymous said...

Pengajaran... jaga kesihatan...

View Profile: Rantong™

DeeN said...

uNCLe ZiNo;
Hehe..lumrah donia, uncle.

Po'CHiK;
Harharhar.. lawak ker? Harharhar..
;p

KaKWe;
A'ah, pokok ceri beso. Cam nak tebang jek. Tp kang mengamok plak tuan tanah. Hehe..

aCHiK;
Dua bijik moto. 5 mangsa. Sebijik moto ada mak dan dua anak (kecik sorang, beso sorang). Moto satu lagi dua orang anak dara sunti. Hehe...!

Er.. abes, ko tolong tak, Chik? ;)

KaK Jie;
Ahak, seksi dan seksa. Auw!
Haha

eNCiK RaNToNG;
Welkam to d klab!
Ya, jaga kesihatan diri sangat penting sebelum menjaga kesihatan orang lain! :)