22.5.09

INFLUENZA A ( H1N1)

Influenza A H1N1!!
Sesignifikan manakah nama itu dengan masa depan manusia sejagat? Nampak cam sedapkan nama tu? Tapi impaknya sangat mengancam. Sadis sekali penangannya. Tidak seunik namanya. Tak payahlah diterangkan di sini apa itu Influenza A H1N1 yg lebih akrab dengan nama selesema babi (ini nama memang tak sedap langsung)..! Korang semua tentu dah arif dengan maksud dan kesannya kepada manusia. Menurut sumber, di Padang Besar, Perlis sudah ada dua kes. Gerun jugak sebab makin dengan dengan koloni aku. Silap haribulan angin yang bertiup sepoi2 bahasa dan sesekali kencang membawa virus itu menembusi pernafasan yang makin disumbat dengan udara tercemar.

Mungkin sekarang baru ada yg terfikir kenapakah Allah s.w.t. mengHARAMkan daging binatang topui berkaki pendek dan berhidung pesek dari dijamah umat Islam. Sedarkan relevennya kini? Pastikan motif ianya diHARAMkan? Menurut penerangan Doktor Danial Zainal Abidin di dalam rancangan Halaqah, babi menghasilkan 25 jenis penyakit/virus atau lebih dan akan regenerate virus2 yg baru di dalam tubuhnya. Dan dapat tak kita bayangkan berapa banyak virus yg membiak di dalam tubuh manusia yg menjamah daging si babi ini. Oh ya, virus2 ini takkan mati walau dimasak - Escherichia coli misalnya. Menurut Quran Saintifik (dari karya Dr. Danial Zainal Abidin), beliau menyatakan penemuan pakar2 sains dari Univeristi Wisconsin menunjukkan pd kerongkong si babi ni terdapat sel2 terntentu yg mampu mengubah pelbagai kuman virus kpd bentuk yg berbahaya. Dalam buku yg sama tp kajian dr dekan Graduate School Univerisiti Wisconsin-Madison juga kata virus sentiasa berubah bentuk dan babi ni satu takungan yg mampu mengubah virus flu kpd bentuk yg lain. Kalau nak tau lagi, korang bacalah buku tuh sendiri la yer.

Pesan doc Danial lagi kalau nak mencegah dari hinggap kat kita seeloknya rajin-rajinlah basuh tangan. Iyaaa, basuh tangan. Tp mujur kita, umat Islam paling minima basuh tangan adalah 5 kali sehari kan. Yakni time ambik wudhuk utk bersolat wajib. Maka (ni aku ambik dr kata2 doc Danial la) kita orang Islam bukan basuh tangan semata2 kerana takutkan virus ni, kan, kan, kan. So, kenalah rajin2 ambik wudhuk (jgn ambik wudhuk saja kalo tak semayang, huduh perangai la tuh). Satu lagi kalau nak bersin, tutuplah hidung & mulut, tak guna tisu ka sapu tangan pun cukuplah sekadar telapak tangan. Itu kan sunnah nabi jugak kan, kan, kan. Selain nampak tak huduh time bersin, dlm masa yg sama dpt elak virus2 berkeliaran dlm sistem pengudaraan manusia.

Kalau sesapa tgk Halaqah semalam mungkin dapat mencerna apa yg doc Danial dan ustaz Farid Ravi utarakan panjang lebar pasal selesema babi ni. Hmm.. apa la nak jadi, udah la haram, jadik pandemik satu donia plak. Haru, haru! Pesan aku - sentiasa bersabar dan berdoa moga kita tidak menjadi mangsa seterusnya.


KaLaM DaLaM KeLaM

Takziah kepada keluarga Hj. Ismail Yaacob (ADUN Manik Urai, Kelantan) yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga jasa dan amalan beliau di dunia dihisab Allah sebagai pahala dan ditempatkan di kalangan penghuni firdausi.



9 comments:

Mak Su said...

semua itu, merupakan ujian buat kita.... huhuhu

Alex Lacey said...

kalau orang masih tak sedar2 jugak tak tau lah, nak jugak pulun daging bek itu, memang betullah hati sudah keras kan?

Pa'chik said...

semeseme babi dah tak in laaa... sekarang cerita mamak kekal mb perak...

Pyanhabib said...

...sekian terima kasih.
ggrrrrrgggh!

Sastri said...

dah tau menatang tu banyak bawak penyakit, kotor, pun depa tu dok masih jugak nak mamam menatang tu kan? tak paham sungguh...

salam deen... :)

blackpurple @ jowopinter said...

Babi tak bersalah. Manusia yang bersalah..... Kan?

DeeN said...

Mak Su;
Ya, ujian. Dan ujian itu diturunkan berpunca drpd manusia itu sendiri. Kan.. ;)

KakWe;
Hehehe...mungkin sebab menatang tuh serasi ngan diorang kot. Hakhakhak..

Pa'Chik;
Haha.. itu celita sama itu jugak celita. Selupa **** juga itu kes. Hukhuk!

Pak Pyan;
.... hakhakhakhak....
Sama-sama!

Sas;
Salam, Sas!
Diorang tu dengan oink,oink, tuh sama keras kepala dan berpenyakit. Kan, kan, kan..

Purp;
Ya, betul, betul, betul. Krisis di muka bumi ini adalah angkara manusia!

kirana said...

Penyakit mane kire dia nak jadikan sape or ape medium nyer. Dulu kan ader selsema burung. Ayam2 jadi mangsa... tak le plak ayam diharamkan.

Tah ape2 la penyakit ni. Pasni selsema aper la plak?

hayad said...

aah, babi tempat virus mengubah DNA nya.