23.3.09

SeTeLah PuaS BeRTaPa, aKu KeMBaLi KeJaP uNTuK SeSuaTu!

Salam & apa kabo,
Semalam, bersamaan hari Ahad, 22 aribulan 2009, aku terjumpa tag dari junioritakus kepada aku yang bertarikh Mei 23, 2008 (Jumaat). Baru aku dapat detect hutang aku kepada rakan2 blogger. Kalau jodoh tak ke mana kan. Makanya sempena ulangtahun kelahiran beliau, makanya aku menghadiahkan pendedahan berani mati buat tatapan umum. Semoga beliau berpuas hati dengan hutang yang baru dijelaskan. Mujur bayaran tak termasuk bunga. Fuh! Selamat! Nampak gaya dapat aku kembali bertapa seperti biasa sehingga ada satu lagi tarikh yang akan tiba.
.

7 RANDOM FACTS ABOUT ME:
1) Suka berangan jadi superhero. Haha. Sungguh. Aku tak tipu.
2) Peminat tegar semua jenis tumbuh – tumbuhan yang boleh dimakan (tidak termasuk daun ketum).
3) Tak suka berdebat. Sebab takut kalah. Kahkahkah.
4) Perasan kuat secara fizikal. Padahal sekali kena tolak dah goyang. Huhuk.
5) Tak suka orang lain nampak kelemahan aku. Sangat2 tidak suka. Huh!
6) Suka sengih, gelak dan senyum (kalau mood baiklah, kalo tak…)
7) Pemalu (erk! Kepada sesetengah orang sahaja …). Lalala!
.

7 THINGS THAT SCARE ME:
1) Mati tanpa sempat bertaubat nasuha.
2) Sakit teruk tanpa ada ubat untuk sembuh.
3) Kehilangan keluarga yang paling disayangi.
4) Kena marah depan orang yang tak sepatutnya.
5) Bangkrap C.
6) Tak kerja sampai ke tua.
7) Orang tak paham bahasa.

.
7 RANDOM MUSIC AT THE MOMENT:

1) Nidji – Laskar Pelangi
2) Numata – Raja jatuh Cinta
3) Jason Mraz – I’m Yours
4) Faizal Tahir – Coba
5) SO7 – Lia, Lia, Lia
6) Siti – Wanita
7) AF – Menuju puncak (kahkahkah)

7 THINGS I SAY THE MOST:

1) Bila ada orang suruh cepat, aku selalu kata - "sabaq..”
2) Selalunya bila terkejut, aku akan …"oo .. mak .. jatuh..”
3) Kadang terlatah .." Oo sayang, Intan..”
4) Tak pun .."Oo Pott”
5) kalau malas nak layan cakap orang, aku selalu balas …"Oooo.. ya ka..”
6) Kalo aku malas nak wat keje, maka akan terkeluar la .."Isyhhh..”
7) Bila aku marah .."kepala hotak hang..”

7 THINGS I TREASURE THE MOST:

1) Diri sendiri
2) Manusia sekeliling
3) Komputer
4) Misteri
5) Puisi
6) Blog
7) Akaun bank

7 “FIRST TIME” THINGS I EVER DID:
1) Manuskrip yang pertama – kalau tak salah aku tahun 2002. Manuskrip novel penyiasatan yang mengambil masa sampai sebulan untuk habiskan bab 2 dan sampai hari ni tak habis2. Hahaha!

2) Sampai KL – waktu tuh aku tingkatan 1. Lokasi yang paling best, Zoo Negara. First dan last pegi situ. Huhuk.

3) Buat bisnes guna modal sendiri – Waktu tu aku baru lepas stpm. Projek bela ayam kampong. Reban ayam aku buat sendiri (ketuk paku jer). Beli anak ayam duit sendiri (dengan bantuan mak sedara aku). Semua pakai duit belen biasiswa waktu sekolah dulu. Hehe.

4) Jadik pengawas sekolah – Hah! Waktu tuh dah tingkatan 6 pon. Baru cikgu nak lantik. Before tuh, dapat jadik pengawas perpustakaan jer. Tu pasal lambat glamer. Keskeskes!

5) Dapat medal – kali pertama dapat pingat dalam acara sukan. Lari 4x200, dapat pingat gangsa jer. Tu pon pasal 3 pasukan jer yang join. Huahuahua!

6) Pi sekolah naik bas – waktu tuh aku start sekolah jauh pada rumah. Aku tingkatan 4 dah. Sebelum neh aku jalan kaki jer. Eksesais katakan (baca: sekolah aku sangat dekat dgn rumah. Waktu sekolah rendah aku asyik kuar kot pagar tepi sekolah time rehat sebab nak makan nasik kat umah) Muahaha!

7) Blogging – Tahun 2006 ke 2007 ntah.Korang ingat tak? Huhuk! Mungkin aku terikut dgn blog akhi Faisal dan jugak Tuan Tanah. Kalo tak mungkin sampai sekarang aku malas nak berblog2 neh. Sebab aku ingat bila ada blog hilang macho! Hikhikhik!

KaLaM DaLaM HaTi

Kredit kepada @CHiK. Maap yer kalo tetiba ai mengganggu yu malam2 ari tuh. Dah nak tido baru teringat. Tu pasal jadik camtuh. HaHak! Jasamu kukenang, tau!

Buat adinda @KiRaSuRi, secara ekslusif di sini, senpai ucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun kelahiran yang ke 20 an. Semuga panjang umo, murah rejeki, sihat waalafiat, dapat zauj idaman sebelum abis tahun neh dan segala jenis kebaikan yang kamu dambakan. Sayang sokmo!

.
- auto publish -

9 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hehehe..

auto publish ek syg?

takpe2...

aku suka baca coretan kamu!

zino said...

lama bertapa....selamat kembali..

achik said...

kalau aku tag ko, adakah ko akan jawab masa besday aku gak?? ekeke.. ;p

MrsMama said...

windu akak nak baca n3 ko...pastu windu akak nak makan cendul fatin corner ngan ko. Ekekeke kita penah makan sama2 ker? Ko jangan jawab..oh ya kaa tau.

13may said...

bestnya bela ayam kampung....

ayam laga bela dak?

Anonymous said...

huh.....respect dgn org boleh buat tag ttg diri sendiri..maksudnya dia kenal diri sendiri...

Mak Su said...

maksu tak pernah merasa jadi pengawas, asik jadi pengganas jer.

besday sapo?

kingbinjai said...

ha ha kene tag

Anonymous said...

Makaseh senpai.. Hahak!

Aminnnnn!! (sebut kuat-kuat)

:))