5.3.09

aPa KaTa aNDa?

Sejak dari zaman Studio Jalan Ampas sehinggalah pasca milenia, darjat atau status diangkat sebagai tema di dalam sesebuah filem. Tidak cukup dipersembahkan melalui filem, kini kebanyakan cerekarama (Malaysia), telenovela (Latin) dan juga sinetron (Seberang) masih memperjudikan tema tersebut di dalam karya mereka. Persoalannya, masih relevenkah isu tersebut dengan masyarakat moden kita hari ini? Adakah darjat atau status masih diletakkan sebagai garis sempadan di antara masyarakat? Adakah isu kesamarataan dapat menjadi tititolak kepada perbezaan darjat atau status yang melampau? Anda punya penjelasannya? Kita kongsikan bersama pendapat anda di Apa Kata Anda?

Kihkihkih!


KaLaM DaLaM HaTi

Korang jawablah sendiri mengikut budibicara masing-masing. Lagi banyak lagi bagus. Sebabnya itu tanda korang semua berfikir. Keskeskes. Aku buat apa pulak? Aku ada kerja nak kena beres. Nanti aku kembali aku bacalah apa yang korang kata. Iklan2lah kat kawan2 korang. Lagi ramai lagi baik. Lagi meriah buah fikiran. Ops! Korang jangan ingat ini berunsur bancian atau strategi yg berkaitan dengan usaha menyudahkan esemen aku. Lagipun aku bukan amik kos penerbitan ka apa. Kosmetik lagi la bukan. Aku saja nak buat pemerhatian yang bukan berunsur komersil. Dalam erti kata lain kajian berunsur syok sendiri.

.

Apapun, selamat memberi pendapat / buah fikiran yang bernas, jelas dan ikhlas dari korang. Jawablah ikut korang rasa faham dengan stetmen merapu aku tuh. Okey, selamat menyusahkan diri sendiri! Adios! Xie’ xie’ ni!
.
:B





13 comments:

Sastri said...

err... petang-petang ni malas la nak fikir... bole?

Mak Su said...

gapo cerita dia? pasal darjat atau status sebagai garis sempadan dlm masyarakat? kalau tak benar, takkanlah ia diwayang-wayangkan, betul tak? tentulah,sebab ia masih terjadi. orang yang ada darjat dan status takkan merasa apa-apa, tapi bagi kaum kuchiret, balachi - jika ada gatal-gatal nak bermingle-mingle dengan golongan atasan, boleh sapu angin jer lah, tetap takkan sama penerimaan mereka. ini maksu kata, apa yg terjadi kat maksu, pernah terjadi kat maksu. tapi kalau orang lain ada pengalaman yang lebih baik, syukur alhamdulillah, jangan kecil hati plaks dengan maksu ya. aku takut betul, aku cakap salah, tak cakap plaks, aku serbasalah.

blackpurple @ jowopinter said...

Selagi manusia bernama manusia..... Begitulah.

13may said...

apa kata saya?

saya lapar...sekian

izinni said...

dari zaman adam hawa hinggalah nak akhir zaman ni, isu antara dua darjat tidak akan selesai. lebih2 lagi kalau rasa diri gah dari orang lain. padahal orang yang rasa diri gah tu la semiskin2 manusia - miskin rasa, miskin budi, miskin bahasa, miskin sopan, miskin santun.

Pyanhabib said...

layan sivaji the boss lagi besttttt!

Pa'chik said...

darjat tu lagu kompolan eytuzek tu...

tak abis nye isu derjat nih... dulu yang kaya ngan meskin... la ni yang tak berapa nak kaya pun sama naik je... lagi-lagi yang perasan kaya... kikiki...

zino said...

pasal isu tu masih menjadi pegangan masyarakat umum.. masing masing mementingkan darjat dan status.. cuba perhatikan di majlis2 resmi.. bila ucapan peresmian ke apa.. senarai kata2 aluan tu berjela2 panjang tambah ramai VIP tambah panjang ucapan..

pasal tu ada gelaran.. utk menentukan darjat dan status..benda2 ni akan berterusan..

achik said...

sama je dulu ngan skang.. ramai je lagi yg duk pandang darjat ni.. keje apa, pandu kereta apa, duk rumah apa, pakai/beli barang2 brand apa, gaji berapa, semua benda2 materialistik tu masih dipandang utk membezakan 'darjat' seseorang.. huhuhu..

Alex Lacey said...

ada duit semua boleh jadiiii

kuIna Jentayutiara said...

apa ada pd nama, ehhhh darjat.
darah sama warna... merah
rambut sama warna ... kecuali taruh pencelup
cuma hati aje tak sama tp klu kita meletakkan ISLAM diantaranya kita semua sama.

Kujie said...

mungkin sebab, utk berada di sisi Allah juga kita ada makam² yang tertentu...apalagi sesama manusia.

kingbinjai said...

jarang layan drama