28.2.09

KuPu2 aSaLNYa DaRi KePoMPoNG

Jika dibuat perbandingan di antara kehidupan bermasyarakat dulu dan kini sangatlah jauh jurang perbezaannya. Tahun2 sebelum era milenium adalah detik kegemilangan hidup bermasyarakat dan tinggi nilai2 kemanusiaannya. Misalannya, hubungan silaturrahim sesama saudara mara masih utuh. Meskipun mempunyai keluarga yang besar dan tinggal berjarak antara satu sama lain, tetapi masing2 saling mengenali dan mesra.

Malangnya, nilai2 murni sedemikian kian ketara kepupusannya dari masa ke semasa. Hubungan antara adik beradik semakin renggang, apatah lagi ikatan antara sepupu, dua pupu, tiga pupu dan
Kupu2. Adakah masyarakat hari ini menjadi semakin individualistik? Ataupun mencipta kepompong untuk kepentingan sendiri tanpa mengira hubungan kolektif dalam kata mudahnya sombong nak mampus? Mungkin sekarang kita mampu mandi sendiri, berpakaian sendiri, ataupun solat sendirian. Tapi siapa akan mandikan kita, siapa yang akan kapankan kita, ataupun bersolat jenazah bila kita sudah tiada tatkala itu? Sepandai2 kucing berlari, tapi bila sakit kaki, jalan dengkot2 jua!




KaLaM DaLaM HaTi
Er.. aku bukan kata kat korang2, asalnya aku kata kat diri sendiri. Semalam bila jumpa sedara mara kat kampung kelahiran Tok aku, ramai yang tak kenal aku. Aku? Lagiiii la aku tak kenal diorang. Habis camno???


9 comments:

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

huhuhu...

betul katamu Deen...

kalau mati nanti..bukan sorang2~

mudin001 said...

ya, ya, ya.

Pa'chik said...

kupusamy asal dari india

hayad said...

suka peribahasa hang, hehehe

zino said...

cari jalan eratkan siratulrahim sesama keluarga... zino pun dah ramai anak sedara yg tak kenal.. rupa macam sedara nama langsung tak ingat...

kami dah dua kali anjur perjumpaan keluarga.. tapi masih ramai yg tak kenal nama..

izinni said...

dari ulat jadi kepompong
tidur lena didalam kelongsong
bla bla bla ...

heheheh tak ingat lirik.

itulah lagu kanak-kanak yang syabil suka sangat nyanyi masa dia umur 5 tahun. :D

ohhh ... mengenai isu yang cik DeeN kemukakan ...
salah satu sebab segalanya kerenggangan adalah kerana EGO.
entri kamu buat akak teringatkan kakak yang sulung .. yang anaknya langsung tak kenal anak-anak akak yang 5 ni :)

MasNurin said...

akak okeh lagi... famili belah akak sume akak kenal tapi famili belah mertua kurang berkenalan. Hehehe biasa lah tu.

Mak Su said...

deen, nampak gayanya kamu kena ler selalu keluar kat newspaper, :D

Kujie said...

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk.....