26.2.09

KaSiHKu SaYu

Misteri, mistik, mahupun ghaib amat sinonim dengan masyarakat kita. Meskipun, zaman telah berubah dan dunia semakin pesat membangun, tetapi elemen - elemen seperti yang disebutkan ini masih menebal di kalangan masyarakat dunia khususnya di bahagian nusantara ini. Dalam edisi khas rancangan Mistik Terdedah ini, kita akan membuat kupasan secara ringkas berkenaan spesis2 hantu yang masih wujud hingga kini. Baiklah para penontonnn, ibu2, bapa2, adik2! Selamat datang ke dunia penuh ilusi dan mistikkkkkk...!
.
HaNTu ToYoL
Asal usul toyol katanya dari mayat anak kecil yang meninggal dunia sebaik saja dilahirkan. Mayat ini di'curi' dan dipuja oleh pengamal ilmu Syaiton untuk di'bangkit'kan kembali dalam bentuk tubuh hijau yang 'seksi'. Motif utama adalah untuk menjadi 'pencuri profesional'. Tak percaya tengok le cite bachok. Sekarang ni populariti toyol meningkat sehingga namanya dijadikan tajuk sebuah lagu.
.
HaNTu RaYa
Spesis makhluk ghaib yang perangainya mengalahkan jin. Selalunya hantu raya adalah makhluk peliharaan manusia yang juga berperangai lebih teruk dari jin. Maksudnya jin tu baik sikit la sebab jin ada yang beragama Islam. Kononnya hantu raya mempunyai prestasi yang cemerlang dalam beberapa portfolio misalnya dalam bidang sekuriti. Tapi lecehnya hantu raya ni ialah suka sangat melawan tuan. Degil tuh! Tapi dek kerana keistimewaannya tu, dia sering dijadikan sebagai watak protagonis dalam banyak drama dan filem.
.
HaNTu PoCoNG
Makhluk ini memang sering digeruni oleh kawan dan lawan. Keistimewaan beliau terletak kepada lompatannya. Beliau mampu melompat ke mana-mana sahaja untuk menakutkan pihak musuh tanpa tersadung dengan batu, akar kayu mahupun longkang. Di Indonesia pocong sering ditawarkan sebagai watak utama dalam filem. Populariti beliau adalah setanding dengan hantu raya dan toyol. Cuma yang dikesalkan, walaupun beliau adalah watak utama, tetapi wajah beliau tetap tidak dapat disaksikan oleh penonton di luar sana. Sebab itu beliau gagal mengembangkan bakatnya ke cabang seni yang lain.
.
HaNTu aiR
Spesis hantu yang jarang diperkatakan. Sangat low profile. Lebih senang buat hal sendiri. Tetapi kehebatan beliau tetap setanding dengan spesis hantu yang lain. Hobi beliau adalah berenang dan main aci nyorok. Beliau juga suka menyamar menjadi ikan kelah ataupun kelisa. Kadang - kadang bila bosan, beliau akan menyamar sebagai nelayan. Sebab itu beliau tidak dapat dipisahkan dengan air.
.
PeNGuNDi HaNTu
Spesis hantu yang paling popular, walaupun tidak muncul dalam filem mahupun cerekarama. Spesis yang sangat perahsia. Terlalu misteri. Identiti gagal dikenalpasti. Spesis yang suka muncul pada waktu2 tertentu sahaja. Hobi beliau adalah menyamar sebagai manusia. Sebab itu mereka pandai dalam serba serbi. Cuma bak kata pepatah sepandai-pandai hantu melompat, akhirnya tersadung batu jua!
.
Terima kasih kerna sudi bersama kami di Mistik Terdedah. Paparan yang didedahkan ini diharap dapat dijadikan bukti bahawa Allah swt bukan saja mencipta manusia, tetapi 'hidupan2' lain yang kadang2 tidak dapat dipandang dengan mata kasar. Akhir kata, jangan biarkan hidup anda diselubungi, mistikkkkk!


KaLaM DaLaM HaTi
Er..dek kerna ianya hasil 'penyelidikan' sendiri, maka tidak dapat disertakan rujukan. Kalo nak tau lebih lanjut pasal hantu2 neh, cuba rujuk shila rusli ke, rasid sibir ke, piye endre ke, takpun mat idam ke. Diorang memang xpert bab2 hantu neh. Ekekekeekee!! I'm sorryyy!!

11 comments:

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

Uncle Seeker buleh Deen?

hehehe~

izinni said...

errr .... pa'chik paling suka hantu kopek! hahahahhaha ...

zino said...

kisah hantu nu ujud zaman dolu2 je.. sekarang hantu pun dah takut nak muncul kerana manusia dah ramai macam hantu hehe

Water Lily said...

Deen,
Entri tak dak kaitan ngan cerita kat tivi tiga(suku) yang dok siar malam Jumaat tu kan?

hehehe..pokcik ko suka hantu kopek ka ...hehehe..ka hantu kopek suka kat pakcik?:D

achik said...

nota tambahan:

toyol tidak mencuri toy..

hantu raya tidak tidak hanya muncul semasa musim raya..

hantu pocong bukan berasal dari puchong..

hantu air tidak perlu membayar bil air..


;p

MasNurin said...

Ada yag kata kat tmn sebelah umah akak ada ramai bela antu raya. Tak tau lah betul ke tidak sebab aku pun dengar kata org.

Pa'chik said...

hantu kopek cam calipah cOOpia, adalah sangat tidak menakutkan... kikiki... ada sekor tu... sesuai jadik antu kopek... tapi jadik anak ponti la pulak... hakhak...

tapi antu kopek cam senah mulut capui... adalah sangat mengerikan...

Mak Su said...

pengundi hantu adalah hantu bermusim, macam musim buah, muncul sekali-sekala

izinni said...

hahahaha pa'chik ... kan betui. hantu kopek tetap pojaan hati dia.

DeeN said...

ZaRa: Uncle Seekerlah paling digeruni pleh sekalian hantu. Ekekee!!

KaK HaS: Pokcik tuh memang, dah takleh wat ape2 dah. Ekekekeke!!

PaK ZiNo: Betul, betul, betul! Hantu pon lintang pukang kalo terserempak ngan manusia2 yg macam tuh! Hehe

KaK WaTeRLiLY: Mula2 mmg terpikir yg antu2 kat tibitigasuku tuh. Tp yg itu x cukup seram. Ehehehe..!

Er kak.. aku rasa diorang suka sama suka kot. Hahahahaha!!

aCHiK: Dan keempat2 hantu tersebut tidak mempunyai lesen memandu. Ekekekee..!

KaK MaS: Apa kata suruh geng uncle seeker tuh siasat.. ;)

PoKCiK: Hang neh memang kompom kene rasuk ngan hantu kopek neh. Muahahahaa!

MaK Su: Hahahhaaa.. mujur tak sampai 4 musim yer Mak Su.. ahhaahhaa!!

DeeN said...

KaK HaS: Muekekeee!! Dah ternyata bukan sekadar gusip liar.