9.12.08

SeSeKaLi TeRaSa

Assalamualaikum w.b.t.
Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... puji-pujian kepadaNYA. Sekali lagi aku berjaya menyambut Eidul Adha di tanah tumpah kelahiran aku. Hehe..! Dan tahun ni lah yg paling sadis sekali sambutannya. Hmm...apa taknya, memang sunyi plus sepi di rumah. Sambutan raya hanya kami berempat. Kaum wanita Melayu terakhir. Isk, isk, isk. Gamaknya mungkin tahun ni boleh dikatakan Tahun Perayaan Para Mertua [sebab semua yang ramai2 tu pakat beraya di rumah mertua masing2]. Tinggallah kami yg tak ada mertua bagai neh. Syahdu sungguh.

Hmm.. ekceli bukan itu yg aku nak cerita sangat. Yg aku meronta2 nak bercerita di sini pasal spirit of celebration. Er..secara jujur lagi ikhlas aku dan keluargaku, mungkin juga para penduduk kg kat sini, dan aku pasti penduduk di negeri ni, memang tidak terlalu menjiwai semangat untuk merayakan Eidul Adha berbanding sambutan Eidul Fitri. Bukan tak suka, tapi mungkin dah melekat di hati yg Eidul Adha merupakan sambutan utk insan2 yg menunaikan qurban. Hanya meriah bila sesape yg buat qurban ataupun aqiqah. Kalau sanak saudara mara tak berduyun2 balik kampung pun taklah ralat sangat. Hmm... akupun tak paham dengan attitude yg cenggini. Er.. aku tak kutuk org lain. Kutukan aku neh terkena batang hidung aku sendiri. So, aku tak perlu nak minta maaf kat sesape yer. Cuma ... iyalah, bila dah terbiasa sambutan sebegini, sampai ke sudah ler jawabnya. Tapi kawan aku bagitau, kat sebelah Pantai Timur lain pulak ceritanya. Eidul Adha lah perayaan yang paling meriah. Wallahu'alam, cuma kena tanya sendiri dengan sahabat handai yg berasal dari sana betul ke idak kan.

KaLaM DaLaM HaTi

Rasanya dah lebih 5 tahun kami tak pernah bersua muka. Dia sudah lepasan Menengah Rendah. Dan dia nampak makin gentleman. Tak sangka, bila dia kembali aku nyaris tak mengenalinya. Walhal dulu aku yang selalu bawak dia jalan2, cari kalau dia hilang tak nampak bayang, teman lintaskan jalan utk ke kedai, bercerita kalau dia bertanya, dan banyak lagi cuma aku yg ingat2 lupa. Bila kembali, dia mula mencari pokok asam yg menjadi tempat dia bergayut, dia bertanya dalam parit sebelah rumah aku masih adakah lagi ikannya dan dia dengan bangga bercerita pada sepupu2 yg datang dengannya tentang pengalamannya di kampung aku 5-6 tahun lepas. Dia memuji betapa bestnya duduk di kampung neh. Dan dia masih ingat ayam2 yg sangat banyak berkeliaran di belakang rumah di mana aku masih ingat lagi dia selalu main polis sentri dgn ayam2 aku tu. Aku terus pasang telinga bila dia ralit bercerita tentang kenangan dulu. Dan ntah kenapa tiba2 aku terasa diri ini semakin evergreen..
!

10 comments:

hayad said...

btul tu deen, kt pantai timur katanya meriah. teringin nak rs mcm mn meriahnya tu. nmpknye kena kawen dgn org sana la kot. br dpt rasa, hehee

Mak Su said...

kat pantai timur mmg dgrnya meriah sambutan aidiladha ni.. kat belah sini tak dak, masa kanak2 dulu best gaks, bila dah beranak ni...lagiiii ler murung. :(

salam aidil adha ya Deen

achik said...

salam aidil adha deen..

KAMATO said...

Salam aidiladha

KAMATO said...

Salam aidiladha

DeeN said...

DaYaH;
Tu la pasal. Er..maksud aku kemeriahan raya kat sana lah. Hmm.. ce tanya pa'chik. Hehe..

MaK Su;
Mungkinkah di sebabkan peredaran zaman? Er.. agaknyalah kot.. huhu

Salam Eidul Adha, MaK Su.

aCHiK;
Salam Eidul Adha, CHiK.
Maaf Zahir Batin.

KaMaTo;
Salam EIDUL ADHA, KaMa..
Maaf Zahir Batin.

Pa'chik said...

takdak la meghiah sangat... cumanya banyak yang wat kurban... tapi.. bila dah banyak sangat... penat pulak nengok... jenuh nak pi satu-satu umah... kena makan nasik ngan daging, daging, daging... cemuih laaa....

me3n said...

ai cewah ada apa2 ke dgn si dia tuh?

Aku du'a2kan ko ngan dia cepat2 ke jinjang pelamin, D3en. [ok kan du'a aku neh, kan, kan, kan]

izinni said...

ya ya tak meriah. macam tak raya pun ada. macam cuti2 biasa hujung minggu gitu.

ohhh evergreen ek? ok la tu ... sentiasa hijau .. awet muda ;)

DeeN said...

Pa'chik;
Hehe..
Kena wat kawalan kesihatan neh, kang boleh pecah saluran darah dok idak makan daging jer kan, kan,

aD3Ck;
HaHaHa..
Ini utk si dia yg mana satu, D3ck? Ko jgn main du'a jer. Aku takper la du'a kan utk ko, kan, kan, kan..
:p

KaK iZiNNi;
Dah makin hilang kemeriahannya.
Sib baik setiap tahun memang dah tersedia cutinya. Kalo tak, makin tak terasalah.

HeHeHe.. baik2 kak, karang ada yg muntah hijau bila daku mengaku awek mude. HuHu..