7.12.08

uCaPaN


Salam sejahtera, rakan-rakan.

Hm.. rasanya ini entri yang ke 3 berjaya dipost. Alhamdulillah. Aku sendiri pun tak syok jugak kalau tempat aku ni asyik bersawang mengalahkan rumah usang. Tapi.. ya lah, kadang2 bukan buleh diduga apa akan berlaku pada hidup kita di masa2 depan kan. Kepada yang mengunjungi teratak aku yang tak seberapa neh, diucapkan jutaan terima kasih. Keprihatinan korang memang membuatkan aku membuak2 nak menghapdet walaupun aku baruuuuu jer sampai rumah. See, see, aku bukan main2 tau. HaHaHa.

Hari ni, aku belum lagi mahu bergebang pasal hal2 semasa mahupun luar biasa. Cukup dulu sekadar menyampaikan ucapan Salam Aidil Adha kepada Muslimin dan Muslimat di mana jua berada. Samada yang dok dekat bandar, pekan mahupun kampung. Yang mana tak dapat beraya kat kampung mahupun tak penah beraya kat mana2 melainkan di kampung. Yang mana sengaja tak mau beraya dengan keluarga di kampung mahupun secara tidak sengaja terlupa nak beli tiket raya balik kampung. Dan yang paling tidak dilupakan buat mereka yang tak sempat nak beli tiket balik kampung kerna tiket dah sold out [hati2 dengan bas tambahan]. Er.. takziah diucapkan. Aku memahaminya kerna aku juga nyaris2 beraya diperantauan. HuHu.

Ucapan takziah juga ditujukan kepada mangsa2 tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa semalam. Moga menerima ujian Allah s.w.t dengan tabah. Ada hikmah di sebaliknya. Kepada yang lain2, belajarlah melalui pengalaman. Walaupun bukan pengalaman sendiri, tapi contoh yang telah berlaku. Ambillah iktibar. Insan takbir, Allah takdir.


KaLaM DaLaM HaTi

Oh Ya, pesanan buat ToK MuDiN. Maaf pasal melengah2kan permintaan hang. Tapi takpa, kira aku hutanglah tu. Aku akan cuba melunasinya sepantas mungkin.

Oh ya, satu lagi nak bagitau. Er..ekceli aku 'terpesona' tengok si dia menerima anugerah Datuk semalam. Maksud aku bila si dia mengenakan sepersalinan busana Melayu. Er...nampak semacammm jer.. er..er.. ah, lu pikir la sendiri. Keskeskes.

11 comments:

ad3ck said...

tak terpikir pong nak tgk shah rukh khan...oopppss datuk shah rukh khan. byk lagi perkara penting yg lain eheheheheehe.

arsaili said...

salam...sedih sungguh mangsa kat Bukit Antarabangsa tuh...semoga semuanya dipermudahkan

Tyra said...

Salam aidil adha... lame bebenor tak datang sini. :D

Datuk tu... boleh tahan jgk kesegakkan beliau.. tp bile dia bersalam nmpk janggal sikit. hehehee..

Pa'chik said...

aku lama dah tak klik kat link blog ko neh... hahaha... tengok ko ngomen baru aku klik... ekekek...

hans said...

aku tgok shah rukh khan semalam masa pakai songket dgn songkok tu macam aku jer...
kira bangga la sekejap
muahahahahaha(gelak besar)

DeeN said...

aD3ck;
HaHaHa..
Ntah nape, aku ske jawapan hang.
Ala2 jujur gitu. Keskes.. :p

aRSa;
Mudah-mudahan.
Sama2lah kita berdu'a.

TReX;
Salam,
Sama la dengan.
Mungkin salam bollywood len sket dari malaywood. Hehe..

Pa'CHiK;
Hikhik..
Macam aku dah agak dah pon.
Hang memang pon .. HaHaHa..

HaNS;
HaHaHa ..
aH, lu pikir la sendiri.

KAMATO said...

Kenapa si dia itu yg dapat gelaran

kel@mbu said...

slmt ari raya eidul adha!!

izinni said...

selamat hari raya iduladha DeeN.

entah kenapa .. saat melihat si dia kamu itu berbusana baju melayu, aku terus teringat imej tampal yang aku buat tak berapa lama dulu. hehehhehehe ...

DeeN said...

KaMaTo;
Hmm.. itu yg dimusykilkan tuh. Er..maybe rezki si dia tu kut. Huhu..

KeLaMBu;
Salam Eidul Adha.
Banyak kurban taun neh? ;]

KaK iZiNNi;
Salam Eidul Adha, Kak.

Hehehe... mungkin si dia itu pernah termimpi pasal imej tampal kak Has kut. Tu pasal dia jadi lagu tuh. ;]

[S]itie [B]Um [B]Um said...

camat ari raya aji