Alahai, lagi sekali (rasanya dah terlalu banyak kali) blog ini diabaikan oleh tuannya. Tuannya pun selalu sangat ngelat atau lebih sesuai lagi malas untuk mencetuskan sebarang ilham untuk diabadikan di teratak semak neh. Punca kemalasan tuan empunya teratak yang hampir bersawang ini adalah tak lain tak bukan tertekan dengan desas desus kenaikan harga minyak yang entah ke berapa puluh kali (mungkin mencecah ribuan kali). Mana lagi dengan stress akibat gula yang menokok kepada entah berapa ringgit lagi. Lagi pun jarang sangat dia membeli gula semenjak dua menjak ini. Dia hanya membeli milo ais dan kadang2 susu tanpa gula di kedai yang berhampiran. Memang tidak dapat dia nafikan bahawa zaman ini, belajar tinggi sampai pucuk pokok nyiur pun, kalau tak ada duit, orang tak pandang pun. Kalau pandai buat kerja tapi tak ada kereta paling koman sebijik Perdana v6, jangan harap orang akan respek korang. Orang suka puji tinggi melangit bila dalam tangan paling busuk disua dengan sekeping not yg ada angka 5 dan 0. Bayangkanlah sekarang ni sekali bergerak, duit. Bergerak lagi, duit. Nak membuang pun, duit. Habis apa benda yang kat dalam dunia ni, tak perlukan duit??? Hmm... rasa macam nak balik ke zaman sistem barter plak. Hahahak!!
KaLaM DaLaM KeLaM
Duit, duit, di mana kau duit!
Duit, duit, nak kawin tadak duit!
Duit, duit , bayar hutang habis duit!
Gilo duit!!!
Hahahahaak!!
Duit, duit, di mana kau duit!
Duit, duit, nak kawin tadak duit!
Duit, duit , bayar hutang habis duit!
Gilo duit!!!
Hahahahaak!!
8 comments:
bersyukur dengan apa yg ada,..
hidup duet!!!!
erk888
ingatkan dah nak buat 'album DUET'.. ;p
Pak Zino:
Ya, ya! Terima kasih kerna ingatkan. :)
DeuS:
Haha... selamattt!!
aCHiK:
Yehaa..! Nak duet ngan achik lah. Haha..!
itulah
zaman sekarang, celik mata aje duit...
Ko nak berapa deen? Habaq mai kat ku..
KiNG: Tu la, kan!
DRSaM: Buka mata duit, tutup mata pun duit!
D3CK: Ye ker ko nak bagi? Aku tak kisah asalkan ko ikhlas. Pinjam duit nak bayo downpayment Harrier bulehhhhhhh..? Hahahahaaa...
Post a Comment