4.10.09

KaLaM DaLaM KeLaM

Salam Lebaran!
(Sekali lagi aku berkalam setelah tak sedar diri berhari raya. Jangan salahkan aku semata. Kadang2 teknologi memang menyusahkan! Tak percaya? Hurm! Percayalah!)

Walau apapun, ucapkanlah Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Syukur ke hadrat Ilahi kerana kurniaanNYA terhadap umat manusia selama ini (termasuk aku) . Masih memberi nyawa kepada kehidupan! Masih mengurniakan rezki kepada hambaNYA dan juga kepada insan yang menidakkan kekuasaaNYA. Masih juga melindungi insan di setiap penjuru bumiNYA. Masih lagi memberi peluang untuk menikmati setiap kesempatan.

Pada umat Islam yang pernah diuji, bersabarlah menempuhinya walau apapun caranya. Kerna ia bukan semata-mata musibah, tetapi mungkin satu cara penyucian dosa. Ataupun sebagai satu pengajaran untuk hambaNYA yang lain. Wallahu'alam!





KaLaM DaLaM KeLaM

TAHNIAH kepada semua Graduan UUM Sessi Konvokesyen ke 22!
Pesan kepada diri sendiri: Menimba ilmu adalah hingga ke akhir hayat, bukan terhenti setelah berjaya dianugerah segulung kertas bernilai hanya sekadar dijadikan platfom kepada sesuatu. Penat telah berbayar, tetapi jangan lelah untuk mengaplikasikannya!

7 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

sabar dalam apa jua keadaan..kadangkala aku juga selalu hampir lelah menahan kesabaran~

Pa'chik said...

mana gambaq hang gred wehhh...

zizie ali said...

cantik gambar.apa nama kueh raya atas tapak tangan tu?.

achik said...

wah, dah konvo ek? bestnya..

mana gambaq hang gred wehhh... ;p

DeeN said...

ZaRa: Mmg susah kalau nak menahan sabar. Macam2 dugaan. Kan, kan, kan..

Po'chik: Gambaq? Hehehe.. nanti2 la. Kui..kui..kui..!

Hj. Zizie: Tima kaseh. Er.. tp tu bukan kueh, tp dikatakan satu spesis bunga. Bau wangi tuh. ;)

Achik: Alhamdulillah.
Kalo daku kata kamu dgn Po'chik senada seirama karang, majuk plak. Soklan serupa btol. Kui, kui, kui ...

Mak Su said...

belajar bukan saja utk dapatkan sekeping sijil :), tapi utk kebaikan sejagat

achik said...

mmg la serupa.. sbb daku kopipes.. ekekeke.. ;p