28.7.09

JuRNaL TaK SuDaH

Sebelum:

"We kak ang tau dak abahkan petang tadi dia pensan. dia jadi lembik. tau dak dia makan buah cmpedak. dia susah nak nafas mai lani dia ok la sikit. tadi ada la pak su duk mai urut dia ngan tok. tidak nak bawa p ospital tap dia duk depan tv tu dia rasa ok sikit la. risau aku dibuatnye.." - 23/07 22.59

25/7 Lebih kurang 9.40 Malam
Dia dikejarkan ke hospital berikutan mengalami sesak nafas yang agak kritikal. Alat bantuan pernafasan terpaksa diberikan oleh seorang MA yang berada dalam ambulans tersebut. Ambulans tiba di perkarangan unit kecemasan. Aku yang tiba tidak lama kemudian terus menyertai isteri, anak-anak dan beberapa orang saudara mara yang menunggu di situ. Tanpa berlengah aku meninjau keadaan dia yang telahpun diletakkan di dalam bilik yang disediakan. Keadaan dia agak lemah walaupun masih sedarkan diri. Tiub di sana sini. Kadar denyutan jantung masih tidak stabil sepenuhnya. Dia asyik memegang leher. Katanya sakit dan lenguh-lenguh. Doktor mengesahkan dia diserang sakit jantung. Berita yang mengejutkan bagi kami semua. Ya, memang kami semua sedia maklum tentang penyakit kencing manis dan darah tinggi yang dihidapinya sebelum ini. Tidak dinafikan yang penyakit kencing manisnya agak teruk sehingga setiap malam terpaksa menyuntik sendiri insulin yang doktor bekalkan. Cuma penyakit jantung di luar kesedaran dia dan kami! Setelah penat menunggu, berlari ke kaunter sana dan sini, bayar apa yang patut, dan duduk menunggu lagi, barulah dia di masukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU).

26/7 Waktu lawatan 1 tghari hingga 2 petang
Ada sedikit perubahan pada kadar tekanan darahnya. Sedikit berkurangan. Tapi keadaannya masih lemah. Bahagian belakangnya disimbahi peluh. Manakala tangan dan kakinya sejuk. Mungkin kerana kesan penyakitnya ataupun ubat yang doktor berikan. Tak pasti! Tak ramai yang datang melawat. Salah satunya kekangan dari pihak hospital yang menghadkan tempoh serta bilangan pelawat dan juga tidak ramai yang tahu dia di situ. Kebanyakan jiran-jiran sekampung yang datang secara kebetulan. Di mana kebetulannya mereka menziarahi seorang jiran sekampung kami yang dimasukkan ke ICU (bilik yang sama, cuma dipisahkan dinding) akibat barah usus.


Isteri dia pulang ke rumah. Manakala aku dan anak lelaki dia yang baru petang tadi tiba dari Shah Alam (berikutan cuti semester yg dipercepatkan akibat virus mak lampir yang semakin berleluasa) menjadi jaga malam itu. Walaupun tidak dibenarkan masuk ke bilik pesakit, kami perlu menunggu memandangkan bila-bila masa sahaja jururawat yang comel lote cuma kadang2 malas senyum akan memanggil waris Jari hantu pesakit jika berlaku lain-lain komplikasi. Mujur tiada apa2 yang berlaku. Cuma aku pada setiap sejam akan terjaga sambil memandang waris-waris pesakit yang tidur bergelimpangan di atas lantai. Nyamuk jangan ceritalah, langsung tak boleh kompromi!


27/7 Pagi yang cerah
Tepat 6 pagi aku bangun, tinggalkan hospital dan anak lelakinya. Aku kena balik rumah. Nanti pukul 10 nak menghantar isterinya kembali ke hospital pulak. Dan ambik anak lelaki dia pulang ke rumah.

Tengahari tu, diberitahu yang dia sudah dipindahkan ke wad biasa. Alhamdulillah, legalah sikit!


28/7 Waktu lawatan
Hujan lebat turun bagai nak rak!

Hari ni ramai orang kampung yang datang melawat. Walaupun keadaan dia macam kurang selesa, tapi layan tetap layan. Cuma yang tak puas hatinya bila ada yang datang bercerita pasal satu masalah politik yang melanda parti mereka (kalau ada kesempatan nanti aku ceritakan). Ntah hapa2! Tak tau ker yang dia tu pulih sikit saja dari penyakit, tak suspek langsung!

Oh ya! Doktor bagitahu yang sebelah jantung dia kematu (mengeras) - tidak berfungsi dengan baik. Masalah untuk jantung mengepam darah dengan hanya sebelah injap sahaja. Maaf! Aku tak tanya isteri dia terma perubatan yang sebenar. Oh ya! Tapi dia tak tau. Biarlah dia anggap, jantungnya sedikit tersumbat. Mungkin bagi masa pada dia untuk menerima info yang sebenar!




KaLaM DaLaM KeLaM

Ati, senpai minta ampun zahir & batin sebab tak dapat nak balas sms kamu. Sim kad kene blok sebab senpai kedekut nak bayar. Syyytt! Apapun tima kasih sebab sudi tanya khabar. Jangan risau, setakat hari ni senpai masih sihat walafi'at! Psst! Senpai termimpi semalam yg Ati call senpai sampai 8 kali, tapi tak berangkat. Huhuk!

Er.. untuk semua, pasal entri bergambar ambulans tuh, bukan gimik murahan. Bukan sebab daku eksiden. Cuma nak menyatakan Dia di dalam kisah ni adalah bapak sedaraku!

Sekian, terima kasih!

12 comments:

LadyTiz said...

sedih jugak bila baca awal2 entri ini. *teringat pengalaman sendiri kot.. hekhekhek..*

alhamdullilah setakat ni dia masih lagi boleh bernafas. apa pun berserah kepada Allah... segala yang terjadi pasti ada hikmah dan ada sebab musababnya.

hayad said...

semoga selamat semuanya. Insya Allah.

Basuh Baju said...

ingatkan diri anda...semoga sehat selalu..

b u n g a h a t i said...

ouh.. bapa saudara.. igtkan bape kamu.. ape pun semoge semuanya selamat...

zino said...

semuga selamat dari segala bahaya... dan kembali sihat..

akirasuri said...

Err senpai.. dah baek ka? :)

khairyn said...

Alhamdulillah.

Orang sekarang sangat mudah kena penyakit jantung. Kena aktif la macam ni huhuhuu

faridmw said...

salam... sempat lagi bercerita politik... tak patut2.. hehehehe

Mak Su said...

Salam ramadhan Deen,

didoakan yang baek2 saja ya....

kingbinjai said...

semoga semua selamat hendaknya, salam ramadhan

13may said...

moga semuanya baik baik belaka

selamat hari raya :)

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus