10.2.09

oRCHiD PaViLioN

Dulu – dulu.

Mak ‘haram’kan aku dari sertai mana:-

a) Pertubuhan silat

b) Persatuan Tae Kwando

c) Semua jenis ilmu pertahanan diri

Aku, kempunan. Kawan2 ramai yg ajak join. Haish! Kemudian, masuk tingkatan 4, aku minta restu lagi. Tetap di’haram’kan untuk aku. Hoh! Masuk sekolah dalam utan, mintak permission lagi. Kompom, ‘haram’! Erk! Penat mintak. Diam.

.


Satu hari dalam 2-3 tahun lepas.

Aku, nekad. Buat teori sendiri. Perbuatan menyertai apa jua yang di’haram’kan mak adalah ‘haram’ kecuali tanpa pengetahuan tuan empunya yang meng’haram’kan itu. Titik.

Bermula episod aku menyertai pertubuhan yang di’haram’kan oleh mak. Tapi, tu lah. Bila mak kata ‘jangan’ maka jangan sesekali berkata tidak. Tak lama. Aku rasa bersalah. Tak tenteram. Nak terus. Nak stop. Aku main tolak tarik. Fikir punya fikir. Akupun terpaksa buat keputusan. Maka dengan itu, yang ‘haram’ buat mak, tetap ‘haram’ pada aku. Aku terpaksa ‘menyerah kalah’ pada mak. Owh! (Kalau tak, dah lama aku jadi macam Jackie chan atau Tony Jaa). Haish!

.

.


KaLaM DaLaM HaTi

Mak Su, dah tengok Ongbak II? Hero Mak Su tu ganas giler wa cakap lu. Hahaha….!!

13 comments:

MasNurin said...

Hehehe tadi baru akak terpikir nak antar Nurin p kelas tekwando tapi kawan akak cakap untuk budak dah sekolah jer.

Pa'chik said...

ko join pekida ke? ekekkeke....

achik said...

mak ko takut ko asyik belasah orang kot.. hak hak.. ;p

Alex Lacey said...

hmmm....tak tanya ke naper tak boleh?...mungkin takut luka kot...

Mak Su said...

maksu sebenarnya ala-ala diharamkan dari menyertai pertubuhan cenggitu gaks, tu sebab mengarok jer ni...ahaks

belum tgk lagi ong bak 2, tak sempat..byk sgt happening lately.

huhuhu, cari vcd kat 'pasaru malamu' jer kot ? oops!

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

hehehee...h

seb baek auk tak join...

if tak...

mau lagi ganas~

Tyra said...

Ong Bak ganas~~ tgk sambil tutup mata, pastu dengar tulang dia kena belasah prupp prapp prupp prapp... debush2.. isk.. *_*

zino said...

kalau mak kata baik tu baik la jadi nya kalau mak kata tak baik tu elok ikut nasihat mak...

DeeN said...

KaK Mas: Rasanya ada tempat yg ambik budak umur 4 taun ke atas. Tp waktu tu saya dah sekolah menengah hehe ..!

PoKCiK: Sejak kawan aku kena belasah sampai mati dek beberapa budak pertubuhan tuh, malas dah nak respek tujuan asal penubuhan tuh.

aCHiK: Haha .. mana de, aku kan budak baek. :p

KaKWe: Mak kate, takut saya jadi 'jantan'. Hahahahaaa...!!

MaK Su: Takpa. Pelan2. Saya pon lom tgk lagi. Hukhuk..

ZaRa: Hahaha ... sbenaqnya tak la ganas sgt pon. Terpulang la kan pd seseorang kan, kan ..

TYRa: Huhu .. sound efek jek lebey tuh. Prupp prapp tuh bunyi org makan kopok ikan tuh..

PaK ZiNo: Hehehe .. tu la. Serba salah gak kekadang tuh. :)

Adry said...

hahahaha... mak aku dlu pun larang gak... hehehe

13may said...

kesimpulan:

Deen budak degil!

tapi comei ;)

ad3ck said...

mak oi ganasnya banner ko tuh deen? seram ku nengoknyee huhuh.

DeeN said...

aDRY: Habis? Pastu ko masuk ke tak? Hehehe..

aHMaY: Mujo aku dan baca 'comei' tuh, kalo tak aku 'merajuk' lah!

keskeskeskes!!

aD3CK: Huik! Nampak sgt ke 'keganasan' aku neh, d3ck? kuikuikui!