16.2.09

KaPaL TeRBaNG KeRTaS

Dulu – dulu.
Aku darjah 6 Mawar, rasanya la. Aku duduk asrama hatta rumah ke sekolah hanyalah sekangkang kera (lebih sikit la). Dek kerna asrama baru siap, batch aku adalah perasminya. Best jugak dapat kelengkapan serba baru. Tapi lecehnya, bila di’ganggu’. Katanya, masalahnya datang dari antoo kubur cina yang tinggal sebelah sekolah aku. Bila kemuncaknya histeria satu asrama haru biru. Mujur tak termasuk aku. Semua kena pindah ke masjid kampung aku. Aku yang tak kena histeria, bersandar kat tiang masjid sambil mendagu. Tok imam dok tenung semacam kat aku. Mungkin dia ingat antoo dah rasuk aku. Tapi bila aku tengok dia sambil senyum dan angkat tangan, dia tersipu malu. Aku okeylah tok Imam, janganlah ragu. Dok pagi esok heboh satu kampong. Asrama dah kena ganggu. Ada dua tiga kerat orang dok puji aku. Konon aku kuat semangat, tak takut antoo. Walhal diorang tak tahu. Malam tu lepas dihantar balik rumah, aku demam, terkejut kat antoo. Mujur siangnya aku sihat macam selalu. Huhuhu!

Banyak hari juga asrama aku di’samak’ oleh sorang bomoh jawa. Lepas tuh Alhamdulillah semuanya okey belaka. Panggil keluarga ramai2 baca yassin kat asrama. Antoo dah lari, kami rasa lega. Keesokan harinya, cikgu asrama bawak aku dan dua lagi kawan ‘melawat’ kubur cina. Dia bagi semangat kat kawan aku yg selalu jadi mangsa histeria. Katanya antoo semua dah hilang nyawa. Lepas ni jangan sampai histeria. Aku ngekor sambil terpinga-pinga. Cikgu ni gila ka apa? Ada ka patut bawak kami ronda-ronda. Mujur siang, kalau malam mau aku pulak yang histeria.


Sekarang.
Asrama tuh dah ramai penghuni keluar masuk. Antoo cina dah kena ketuk. Kawasan sekolah pun dah bertukar bentuk.


KaLaM DaLaM HaTi

Oh ya, baru aku teringat, rasanya aku dah pernah citer sket2 dulu. Tapi lantaklah kat aku. Rasanya kalau tanya kamu, kamu dan kamu, ingat lagi ke kisah yg aku citerkan tu? Ada tak macam citer puaka niyang merapik yang po’chik suka tengok selalu? Hahaha..!!

11 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hehehe...

aku nyer asrama pertama..adalah matrik aku..

takutnya aku hal2 gini~

Uncle Seekers kalau dah ada dulu nih..mesti dia interview kau~

Pa'chik said...

bomoh tu kenal tidak si jowopinter?

bluehope said...

Uiihhh....seram citer ko tuh!!! Berdiri bulu telinga BlueHope mdengarnya. BlueHope ade jgak citer2 hantu yg BlueHope dgar dari jiran2 n kengkawan. Nanti BlueHope citer kt blog BlueHope. Meh lerr, dtg kt blog BlueHope. Cam tak sudi jerrr??

achik said...

masa aku duk asrama, ada sekali je histeria.. tu pun bukan sebab hantu.. kakak tu stress nak peksa.. huhu..

Mak Su said...

nasib baik ko tak sergah pak imam tu :p

Sastri said...

sas mula dok asrama ni bila masuk U, bole kira tak? hu...

tapi sekolah sas dulu ada gak kejadian histeria nih, gara-gara budak main 'semangat duit siling', huhuhu...

izinni said...

sangat pandai deen berima. sampaikan terkenan terus nak berima sama. orang kata pada yang tidak kena dikatakan berhati waja. mungkin kamu begitulah adanya. sampai sekarang histeria tiada ubatnya. cuma kuatkan semangat, ingat selalu pada yang Esa. InsyaAllah, histeria tidak akan jadi gejala. Berani dan usah layan perasaan jiwa. Kalau dilayan boleh jadi gila.

ohhhh pandai sungguh berima-rima. hahahahahaha

DeeN said...

ZaRa: Uncle Seeker? Hiihik. Ku rasa dia pon akan lari kalo jupe antu cine tuh. Hahaha..

Po'CHiK: Aiseymen, lupa plak nak tanya. :p

BLue: Aisey, jgnla ckp camtuh. Sudiiii, nnt ku pergi ke blog kamu tuh. No heart feelin' yaa!! ;)

CHiK: Hehehe.. slalunyer cenggitulah.

MaK Su: Hahaha.. takut karang Pak Imam tu buh pelempang jer. :D

SaS: Ooo .. coin spirit tuh. Slalu tgk org main dlm citer cine jer. Hehehe ...

KaK HaS: Semangat waja yang jitu, melengkap semangat nan satu, membentuk akhlak murni setiap waktu, menjadikan kita semua bersatu, di bawah payung tuanku. Keskeskes .. aisey ending tersilap plak. Keskeskeskes..

13may said...

waaa....gambaq atas nih ada darah darah laa....

Anonymous said...

salam ziarah....

dari insan yg tak berblog :)

DeeN said...

aHMaY: Merah itu darah! Hehehe..

aZRieY: Terima kasih kerna sudi singgah. Takpa nanti buat satu blog. Kami nak pi wat lawatan senang. Hehe .. sila datang lagi yer. :)