3.2.09

KaNGaRoo MeLoMPaT

Tugasan aku hari ni adalah nak bercerita pasal lompat! Tahu apa makna lompat? Menurut DBP lompat bermaksud, "perbuatan bergerak dgn cepat dgn mengangkat kedua-dua kaki dr tanah terus ke atas atau ke depan, loncat."

Teringat aku satu peribahasa yang sangat sinonim dgn perkataan ini:
Sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua!
Padan muka! ka! ka!

Kat Kelate ada kuih bernama lompat tikam!
Tapi aku tak penah makan. Cuma selalu nampak kat pasar Ramadhan jer. Sedap dak?

Ada juga lagu bertajuk lompat si katak lompat!
Begini lagunya:
Lompat si katak lompat [lompat]
Lompatlah tinggi2 [tinggi]
Cepatlah adik cepat
Cepat2lah bangun pagi!
Tak caya tanya irfan!

Oh ya! Dulu waktu kat sekolah bila cikgu suruh lompat tinggi mesti aku lari punya. Gayat!
Tapi kalo lompat tali aku nak la. Kacang jer tuh! Kan, kan! Er.. korang tak nak cuba sendiri ker kat rumah? Hehehe!

Hei! Dah baca Lompat Tikam Belalang Goreng? Rugi kalo tak baca. Korang kena rajin membaca. Apa? Aku dah baca ke blom? Dah. Aku dah baca pun sinopsis dia. Er..! Kira baca la kan..?

Eh! Eh! Hari tu kan heboh pasal Nabila melompat kat Mekah. Tp dalam Melodi katanya bukan kat Mekah. Rupanya kat sini! Tu la, ada ka patut main tuduh2 camtuh kan, kan. Sian budak tuh. Hihihi!

Owh! Rupanya banyak juga kisah pasal lompat kan? Er.. macam biasa. Bukan itu yg aku nak kisahkan. Tapi pasal berita lompat2 yang meluat di dengar dan dilihat! Ada satu lagi kisah yg aku serba salah nak gelak ke nak serius. Lepas neh ada satu lagi akta yg perlu pelajar2 law dan peminat2 law dan penjawat2 awam perlu hapal. Akta apa adik2??? Lu pikirlah sendiri! Assalamualaikum!!


KaLaM DaLaM HaTi

Lepas neh nak kisah pasal apa pulak ek? Korang fikirkan utk aku tau.
Aku nak tido jap!!
Zzzzzzz...!!


15 comments:

MasNurin said...

akak pun dah muak baca cite melompat tu. Oklah akak nak bagi teka teki kat deen, banyak2 katak, katak per yang tak bole melompat?

Mak Su said...

maksu layan permainan lompat galah, sangat ler atletiknyer... see my body, got muscle

kujie said...

Soap drama terhebat abad ini....mari melompat!

Ada seekor katak yang kunun-kununnya boleh melompat sejauh 5 meter.

Berapa lompatan yang diperlukan katak itu untuk sampai ke seberang sungai yang lebarnya 50 meter?

ad3ck said...

ini mesti kes lompat kijang maupong lompat jauh dalam acara olahraga. ehehehee.

Pa'chik said...

ko tertinggal siloonseben melompat lebih tinggi...

Pa'chik said...

wehweh... aku dengor hasim jasin pun nak keluar gak...

achik said...

masa sekolah rendah aku ada la gak masuk acara lompat jauh.. ;p



bab2 lompat parti atau lompat sambil berparti, aku x masuk pot..

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

hehehe...

saya juga pernah lompat...lompat kelas...

hehehe~

Azhar Ahmad said...

Eh akat apa tu? Uhuhuhu

kel@mbu said...

anggaran mesti tepat utk melompat. kalau tak halangan akan jatuh. ini dalam sukan lompat galah.

KAMATO said...

Itula pembunuh demokrasi namanya

zwitterion said...

klau lompat jauh suka..klau lompat tinggi, tak suka2x..haha

Alex Lacey said...

lompat tikam tu sedap...suka makan...hehehe

DeeN said...

SeMua2:
Saya tengah melompat, so tak sempat nak membalas surat peminat. Harap maklum!! Terima Kaseyyyyy!!

bluehope said...

Masa sklah rndah dulu, cikgu suke ajak nyanyi lagu 'Lompat si katak lompat'. Sambil nyanyi cikgu suruh lompat2. Mmg kecoh 1 kelas. Last2 cikgu tension n suruh stop lompat. Tapi masih jgak nak lompat2. Budak kecik la katakan. Tapi yg mluatnyer, yg kita dngar ni katak tua. Lawak kan, tngok katak2 tua mlompat sana sini.