24.1.09

eNTaH aPa ReNCaNa

okaylah, kita lupakan bebelan entri aku yang lepas. Aku teringin gak nak berdrama sebenarnya (tapi tak terlawanlah @chik Drama Queen nan sorang tuh). Keskeskeskes. Jangan simpan dalam hati ya. ;p

Ini kisah pasal beberapa malam yg lepas. Tiba – tiba terdengar satu petikan perbualan (dan terus tertengok siapa yg berbual) yg kurang lebih bermaksud begini (tp kalo ada yg ingat perbualan secara tepat, sila buat entri sendiri ya!):

Soalan 1:

TUKANG KEYPO (TAK TAU KACUKAN APA): bla bla Macamana dengan penerimaan keluarga. Maklumlah bakal isteri memang moden orangnyer?
BAKAL SUAMI (MAT SALEH CELUP KACUKAN JAWA): Keluarga saya tak kisah. bla bla Walaupun ibubapa saya orang kampong, tapi diorang open minded. Tak der masalah (Sengih).
AKU (KACUKAN SIAM JAWA): (Tengok tivi sambil sengih) Mak, tau dak dia tu sekampung ngan Mawi tuhhhh…

Soalan 2:

TUKANG KEYPO (TAK TAU KACUKAN APA): bla bla tak kisah ke bakal isteri berimej seksi?
BAKAL SUAMI (MAT SALEH CELUP KACUKAN JAWA): bla bla Terpulang pada dialah. Bla bla Takkan nak hipokrit. Asalkan dia selesa, bla bla rumahtangga kami bahagia cukuplah. Kalau nak kata jahat, orang tak pakai tudung pun dikira tak tutup auratkan? So, fikir sendirilah. Entah – entah orang yg mengata ni pun tak pakai tudung apa… (Sengih dan terus sengih)
BAKAL ISTERI (KACUKAN MAT SALEH): (Tersengih kat sebelah)
AKU (KACUKAN SIAM JAWA): (Juih bibir) At least, orang yg pakai tudung dah lepas tanggungjawab depa dengan Allah. Dan orang yg berkeinginan nak pakai tudung tp belum sampai seru lagi, mungkin jg niatnya diterima Allah. Wallahu'alam. (terus sambung asemen)


*Pst! Pst! Baru ingat, ini interbiu dlm satu rancangan tivi gusip2 artis kat tivi dekat kat hati tu. Bukan skrip teater atau cerekaramarama. HakHak!!*


KaLaM DaLaM HaTi

*tang bla bla tuh maksudnya aku tak ingat sangat apa depa dok cakap2 tuh. Aku amik intisariyantipati perbualan jer.

Tak perasan plak dalam rancangan apa tuh. Sebab aku tgk tang interbiu depa jer. Pastu aku pakai headphone, dengar bebelan lagu cino ngan seberang kat dalam kompiter. Keskeskeskes. Lagi best dari dengar cakap2 kosong sambil tersengih kerang busuk. Takdak makna! Choih!

14 comments:

Pa'chik said...

kalau ni sekerip teater baru ko...


elok la kalau pelakon-pelakon tu seme pakai baju besi... :P

zino said...

drama TB ke ni..

Azhar Ahmad said...

Aahahahahhahah.... lAwak Antarabnagsa sungguhla....

pak lang said...

kalu buleh hang pi tulung habaq kat depa naa.. tulih kat sini pun, bukan kena ke batang hidung depa.. termengata lagi ada.. ops!

akirasuri said...

Hehe.. Macam-macam ada.. :p

Pa'chik said...

ala.. pasal que haidar ngan linda jasmin...

MasNurin said...

ko cite pasal que haidar n linda tak cukup kain tu ker?

Mak Su said...

nasib baik maksu ni neutral, tak dak kacukan mana-mana :D

Sastri said...

tetiba plak tak reti nak komen... huhuhu...

ad3ck said...

jgn nak kata hang nak berhenti blog lagi!

ehehehe.

kakLuna said...

haha...tang 1 kampung dgn Mawi tu la aku dh tau pasal sapa.

achik said...

uhuk uhuk.. ada org sebut rupanya.. ;p

oh2 kalau pa'chik x bgtau pasal sape, daku mmg x tau ko cite pasal sape.. dah lama x bergosip.. ;p

DeeN said...

Jawab sekali harung:

Bukan sesaje nak bergusip atau mengutuk mengata, tp dah memang kebetulan telinga mendengar dan mata melihat perbualan dari tuan punya badan. Sesaja nak tambahkan selingan. Keskeskes...!

oh ya! ari tuh dah cuti lamaaaaa sangat, so xdak harapan la aku nak cutikan blog ini lagi. Apatah lagi nak tutup terus. Hikhikhik...!

izinni said...

bergossip bagus apa untuk kesihatan. ekekekkke :P
errr rasanya ... depa kawin seribu satu malam ke ... seribu satu malap?

ai hasil kacukan seorang lelaki dan wanita ;)