1.1.09

BeLaiaN JiWa

updet terkini:

Minta maap ler kengkawan kerna menyeksa mike semue di tahun baru neh. Patutlah time aku publish [bantuan Mr. Blogger] cam rase pelik2 sket. Ahakk .. Makanya aku secara segera dan kelam kabut kembali ke makmal rahsie utk perbetulkan kepelikan neh. Harap maklum!


.

Kita tentu terfikir, betapa bertuahnya manusia itu jika dilahirkan dalam kehidupan yang serba sempurna. Punya wang yang dapat membeli apa jua material. Biayai apa jua keperluan. Dalam masa yang sama, kita juga turut terfikir. Betapa malangnya bila manusia itu lahir dalam kehidupan yang sangat serba kekurangan. Tak mampu membeli kebanyakkan material yang seperti diingini. Tidak punya sumber untuk membiayai hatta keperluan yang sangat diperlukan.

Betapa kita sering [ataupun pernah] mendengar si polan bin si polan adalah manusia yang dianugerahi akal yang genius. Punya potensi yang superb. Tapi dek kesempitan, dia tidak mampu melangkah jauh. Perjuangannya terhenti. Betapa ruginya. Sangat sia – sia. Begitu memilukan.

Betapa juga, kita selalu mendengar bahkan melihat. Si polan bin si polan yang serba punya. Tapi tidak bersyukur dengan anugerah, bahkan tidak mahu berterima kasih. Mensia – sia peluang yang terbentang di depan mata. Bila sudah terlajak jauh, tetap membela diri. Malah juga menyalahkan insan dan keadaan sekeliling. Menyesal? Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian adalah perbelanjaan. Yang akhirnya merugikan masa depan sendiri.

Adik - adik,
Nasib manusia bukan saja ditentukan oleh ALLAH s.w.t tetapi juga terletak di tangan kita sendiri. Memang benar, betapa susah payahnya kita berusaha, tetapi ALLAH jua penentunya. Tetapi adalah sangat sia – sia andai langsung tidak berusaha. Hanya sekadar berharap dan berserah. Hujan dari langit tidak akan menurunkan emas dan permata. Berusaha adalah kuncinya. Selalulah tanam di minda. Benam di jiwa. Betapa beruntungnya lahir dalam serba ada. Kerna ianya dapat membantu kita untuk terus menggali ilmu di dunia [tapi Akhirat jangan sesekali dilupakan] sedaya mungkin. Sesekali tolehlah ke arah insan – insan yang punya segala potensi tetapi keciciran akibat ketidakupayaan material seperti kita. Ambillah iktibar darinya. Jadikannya sebagai pembakar semangat.



KaLaM DaLaM HaTi

Bila kita berada di puncak, janganlah lupa. Keraplah menunduk ke bawah. Melihat ada lagi insan – insan yang tidak bernasib baik. Menyelami perasaan insan - insan yang perit hatinya berat pundaknya memikul kekurangan yang serba membebankan. Mana tahu, doa – doa insan yang kita jagai jiwanya akan membantu kita berlari ke Syurga. Wallahu’alam.

15 comments:

Anonymous said...

keciknya tulisan. sakit mata aku nak baca.

Salam tahun baru. :)

achik said...

aku pun nak komplen benda yg sama cam tok mudin.. ;p

selamat tahun baru.. mudah2an tahun 2009 ni menjanjikan yg lebih baik utk kita semua.. insya-Allah.. :)

Anonymous said...

apsal kecik sgt tulisan neh. ko telah menyeksaku di pagi² new year neh.huhu..

hayad said...

ooo hang mmg kt perlis ek? ehe..salah fahaman la aku ni. ok2, nnt bebila kot ada nak mai sana, aku habaq nooo :)

me3n said...

makaih keciknya tulisan ko deen? macam takmo kasi baca jeeeeeeee??? selamat tahun baru!

WRA said...

ahaks...ahaks...naper semua orang nampak tulisan kecit ek? hmmm...ke Deen dah ubah masa akak baca ni?

sesungguhnya, memang benar apa yg ditulis...kalau kita dah berada ditpt yg tinggi, tengok2 lah sekeliling....masih ramai yg seumpama mereka di dalam "BersamaMu" tibitiga...kalau boleh, bantulah mereka....

izinni said...

salam tahun baru hijrah dan masihi.

satu je hidup ni .. kalau rasa kita susah, ada yang 10x lagi susah dari kita. kalau rasa kita senang, pandai, kaya .. ada yang 10x lagi senang, pandai dan kaya dari kita. so just be humble. ingat DIA. insyaAllah selamat ;)

achik said...

kalau kita slalu pandang org yg lebih tinggi dari kita, kita akan slalu rasa rendah.. so pandang la orang yg lebih rendah, kita akan lebih bersyukur.. :)

payarumput21 said...

Salam Deen..

Awat semua dok komplen font kecik.. kami buleh baca aihh.. hehehehe..

Hmmm.. the only thing that best put in mind is.. "lebih baik gagal mencuba.. dari gagal tak buat apa2.." sebabnya??? gagal sebagai pejuang lebih baik dari gagal tak berjuang langsung..
(**ehem.. cam sama je bunyinyer**)

zino said...

ok sekarang nampak macam tak berapa kecik dah .. hehe..

biar gagal kerana berjuang jangan gagal tanpoa berjuang.. nyesal nanti.. baru le keluar ayat..

kalau lah.....

DrSam said...

bersyukur dengan apa yang ada, redha dengan apa yang kurang.

DeeN said...

KaWaN2 SeMua: Terima kasih atas komen di atas. Tak sempat nak ulas satu demi satu. Salam Tahun Baru utk semua. Buat baik berpada2, buat jahat jangan sesekali. :]

akirasuri said...

:)

Anonymous said...

My friends and I like to buy habbo credits, because the habbo gold is very useful to upgrade equipment. Only your equipment becomes better, then you can win this game. In habbo coins, you can buy everything you want in this game. Tomorrow will be my birthday, so my friends promise to buy habbo gold as gifts. I am so happy. They understand me so well, cheap habbo credits is my favorite.

Anonymous said...

Do you know Archlord gold? I like it. My brother often goes to the internet bar to buy Archlord money and play it. After school, He likes playing games using these archlord online Gold with his friend. I do not like to play it. Because I think that it not only costs much money but also spend much time. One day, he give me many cheap Archlord gold and play the game with me. I came to the bar following him and found buy Archlord gold was so cheap.