5.1.09

aLa MeTRo FuLuS I

Photobucket


Dunia sekarang terdedah dengan pelbagai kejadian jenayah. Tak payahlah pergi jauh – jauh. Di Malaysia saja, kes jenayah makin meningkat tahun demi tahun. Dan ada juga kes yang tidak selesai – selesai termasuklah kes berprofil tinggi. Rata – rata kejadian jenayah melibatkan kecederaan serius dan kematian hingga meninggalkan trauma kepada masyarakat. Pelbagai inisiatif telah dibincangkan tetapi tidak semuanya diaplikasikan. Walau bagaimanapun masyarakat adalah diingatkan untuk mengambil apa jua jenis tindakan untuk melindungi diri dan keluarga dari jenayah selagi tidak melampaui batas undang – undang yang digariskan.

Jenayah rogol adalah salah satu kes yang paling digeruni terutama oleh kaum wanita. Dewasa ini, kita sering mendengar berlakunya kes rogol yang bukan saja melibatkan kaum wanita dewasa malahan merebak kepada golongan kanak – kanak perempuan. Memang tidak dapat disangkal lagi, pelaku jenayah rogol ini semakin hilang kewarasan dan kemanusiaan.

Aisey, nampak serius sangat entri ni, silap – silap kalau tak ditapis boleh jadi satu artikel. Diingatkan aku bukan kriminalis mahupun ahlil forensik. Tapi aku terpanggil dan berminat nak cakap2 pasal kes – kes kriminal di Malaysia khususnya. Kalau sampai satu dunia, baik aku apply jadik kriminalis terus. Haha. Oh ya. Pembacaan adalah penting sebelum aku berkongsi apa – apa info. Tapi sekarang aku nak berkongsi satu [er… agaknya macam lebih] tips untuk ‘tewaskan’ pelaku rogol.

Ini menurut Kamal Affendi [Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Cwgn Selangor]

  • Mangsa bijak urus ketakutan bila hadapi penyerang
  • Wanita boleh menjerit sekuat hati apabila dihampiri lelaki yang berniat jahat
  • Guna kekuatan 2 belah tangan utk melawan. Elak tangan lekap kat dada sebab bataskan pergerakan.
  • Tendang tepat kat area yg sensitive. Utk lemahkan pergerakan lawan penyerang.
  • Guna objek yg ada kat keliling anda.
  • Jangan mudah putus asa. Sesekali jangan mudah menyerah [selagi dlm keadaan sedar].


Walaupun, tips tersebut kurang praktikal bila kita sudah berdepan dengan pelaku jenayah [kira dlm real situation la]. Tetapi sedikit sebanyak ianya dapat membantu. Cuma, yang penting jangan panik. Sedangkan pemegang tali pinggang [martial art] sendiri pun panik bila berada dalam situasi genting [terutama bila ada tournament], Apatah lagi yang takdak pakai tali pinggang apa2 [tak termasuk tali pinggang keledar] dan berada dlm situasi sebenar.


KaLaM DaLaM HaTi

Ingat! Jenayah membawa padah. Laporkan kejadian jenayah dibalai polis berhampiran anda! Tapi bukan laporan palsu. Itu satu dosa. Mati masuk neraka. Mau ka???

15 comments:

Unknown said...

mmg susah nk brtenang bila dlm real stuation.. yg pnting beringat slalu.. sesaat tidak sabar seumur hdup mnderita.. eh.. ayat last tu relevan ke?

izinni said...

kamal pernah sarankan, pada bakal mangsa rogol .. elok lepaskan segala 'keburukan & kebusukan" yang ada. Maksudnya ... kentut, kencing, berak, muntah. Keadaan takut boleh menyebabkan kawalan bladder tidak berfungsi dengan normal. bila 4 perkara ini terjadi ... perogol mungkin akan merasa jijik dan mual, terus hilang nafsu nak merogol.

ohhh ya .. kamal ada blog juga.
www.kamalfndhashim.blogspot.com

Anonymous said...

waa.. kena forward n3 ni kat wife aku neh.

Pa'chik said...

kata pemimpin bn kepada bakal mangsa rogol pulak...
duk diam... dan kita enjoiiiii....

MrsMama said...

macam-macam hal sekarang ni, kat perlis ni kurang sikit dengar kes2 jenayah. Aku memang simpan spray lada itam kat tepi beg, kalu tak bawak beg aku simpan dalam poket. Cuma takut bila emergency tak terkeluar spray lada itam tu.

Mak Su said...

thanks Deen dengan artikel tak kriminal tak forensik ni, very useful :)

zino said...

kadang kala bila dalam keadaan panik habis semua farmula ilang hehe..

rumah zino dah mudah nak masuk.. jangan serik nak datang lagi ya.. hehe

KAMATO said...

ini negara ku...kenapala ramai penyangak

debikdebuk said...

Pa'chik... itu mmg aku ada dengar.. macam syialll je cadangan tu kan..

Pa'chik said...

bik,
oh... memang aku ingat sangat la tuh.. heheh...

WRA said...

masa akak pi ceramah pasal otak hari tu, doktor tu kata, ada research dibuat kat amerika sana ke atas otak penjahat/kriminal kat penjara....dan mereka dapati, rata2 kriminal yg brutal itu, otak mereka sudah kecut, mengecil....tak sihat la tu...ada wire putus kat mana-mana....

Kat Malaysia sekarang ni rasanya banyak benda yg boleh menyebabkan wire putus ni kan? salah satunya statement dari pemimpin yg pa'chik kata tu lah hehehehe...

hayad said...

kt mana nak beli spray lada hitam tu ek?

Anonymous said...

skrg ni bukan gadis2 saja rasa terancam...nenek tua gayut pun dia org ada hati dan nafsu nak di kacaunya...

DeeN said...

KeL@M: Walopun kurang releven [tp bolehlah tu], tapi aku suka ayat hang. HeHee ..

KaK HaS: HaHaK! Ok gak cadangan tuh. Tp, agak2 sempat ker kentut waktu tuh. HiHi..

Oh ya, thanks akak pasal bgth link ke blog bro Kamal. :]

NYu: Sila, sila. Forward secara berjemaah. :]

Pa'CHiK: Itu memang bangang. Apakata suruh dia pesan camtuh kat adik beradik dia jer. Ahak!

MaS: A'ah. Elok ada alat2 camtuh utk pertahankan diri. Yg penting, perlu berjaga2 / berwaspada pd persekitaran.

MaK Su: Sama2 Mak Su. Apa salahnya kita share togeder2 kan.. :)

PaK ZiN: A'ah tu la. Bila berada dlm situasi sebenar mmg susah nak dijangka. Cakap mmg mudah kan..
Ok, saya tak berputus asa meninggalkan 'tandatangan' di rumah baru uncle. :]

KaMa: Itulah hakikatnya. Huhuk.

DeBiK: HaHa. Ku sokong. Mmg macam syiaalll.

Pa'CHiK: :]

KaK We: Isk, isk, isk. Tu pasal diorang xleh pikir dgn rasional.

DaYaH: Rasanya kalo kat KL nun, banyak kedai yg jual. Tp kalo kamu nak, aku boleh tolong belikan. :]

KaK Jie: Itulah, kalo napsu dah beraja di mata, bersultan di hati. Huhuk.

Anonymous said...

Ha ha ha...kelakarlah!apasal lah susah sangat sampai nak gi carik pepper spray je?

Gi Puduraya. Cari kedai jual peralatan magik. Beli stink bomb. Sekotak 12 hinggit ada 5 botol. Simpan dalam baju (dalam).

Bila kena serang, pecah kan je. Baunya? HUMAKKK!!patah selera le!

kamal fnd hashim
019-2109999