20.2.09

DeaR DiaRY...!

Halau
Satu tindakan atau aksi yang sangat ekstrim. Melampau. Takbur. Penuh kemarahan. Menzahirkan ketidakpuasan. Mengundang dendam. Jika dibuat dalam tawa mungkin dianggap sebagai lelucon yang kurang ajar.

Lompat
Aksi yang sangat comel. Walau yang beraksi adalah tua kutuk tak sedar diri. Sangat sinonim dengan haiwan eksotik, katak. Lompat mungkin ingin menzahirkan tenaga yang membuak – buak. Kadangkala untuk menunjukkan satu lawak separuh masak di kalangan khalayak.

Rampas
Perbuatan ini selalunya dilakukan oleh manusia yang singkat akal ataupun jika di kalangan budak – budak, ia dianggap sedikit kurang ajar. Mungkin akan di tujukan kepada ibubapa yang tidak pandai mendidik anak. Tetapi jika dilakukan oleh orang dewasa, perbuatannya mungkin dianggap untuk kebaikan semua pihak. Tetapi jika ada orang dewasa yang berbeza mazhab, ia adalah perbuatan terkutuk. Dan pelakunya perlu berambus dari situ.

Lapor
Bagi individu dan juga kumpulan yang disukai, laporan (perkataan akar: lapor) memainkan peranan penting. Ia bukan sahaja menaikkan imej bahkan boleh juga menjatuhkan imej individu atau kumpulan yang berlainan mazhab. Laporan senget sebelah adalah sangat beretika dan perlu dicontohi supaya dapat menjadi sanjungan individu dan juga kumpulan yang disukai. Risiko yang perlu diambil oleh pelapor mungkin sangat tinggi, misalnya dimaki hamun dan disumpah setiap hari.

Jilat
Kata kerja yang sangat melampau aksinya. Penggunaan perkataan ini bergantung kepada ayat yang sesuai dan keaadan pada masa perkataan itu digunakan. Kalau disalahgunakan ianya akan menimbulkan kemarahan, rasa kelakar yang ekstrim dan sedikit menjijikkan. Pelakunya mungkin di kalangan mereka yang nyanyuk atau singkat akal.

Daulat
Sila rujuk kamus dewan bahasa & pustaka untuk makna yang lebih sopan dan bertatasusilawati.



KaLaM DaLaM HaTi

Dah lama aku simpan entri neh. Skang baru terasa nak publish. Saja peram buat pekasam. Time tadak idea leh jadik pengganti. Ekekekeee!!

11 comments:

Pa'chik said...

Halau pelompat merampas laporan jilatan siberdaulat

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

halau mereka!

halau!!

aku jadi ekstrem di bawah tekanan~

kuIna said...

dulu selalu jumpa dlm kamus aje tp skrang jumpa dialam nyata..

Lily Abdullah said...

Wooo..tak payah rujuk kamus dah camtu....

Mak Su said...

tiba-tiba terasa macam nak melompat-lompat plaks.

Sastri said...

kalau dah banyak sangat songelnya, halau je...

achik said...

pasni ramai tersesat kat sini duk cari perkataan2 tu.. ;p

Wanie Boahari said...

waaa cm kamus bergerak la plak..hehehhe

WRA said...

hmmmm....sebab apa yer?

meh la Bangi kalau nak jumpa akak in person hehehehe....gambar pun dah ada kat blog PB dah

zino said...

habis tu nak HALAU ke yg suke LOMPAT atau RAMPAS je sebelum LAPOR biar lah dia JILAT kalau sanggup kena DAULAT

izinni said...

errr ngapa perkataan 'lapor' tu aku terus digest jadi 'lapar'? lapar dalam dialek perak ... hahahhaa ..