18.2.09

BeRiKaN aKu SeRPiHaN MoRZeK iTu!

Dulu - dulu.
Waktu aku mula – mula tinggal lama di WPKL. Aku join satu program (tak dak kaitan dgn pertubuhan yang selalu pa’chik sebut). Kenal kawan – kawan baru. Kenal suasana baru. Pada mulanya memang aku jakun habis. Ye lah, kena sesuaikan diri dengan pelbagai perkara termasuk loghat yang walaupun tidak baru bagi aku, tp bak kata orang penyesuaian ke persekitaran baru perlu dilakukan secara berperingkat. Sebabnya? Supaya tidak berlaku kejutan budaya. Tapi yang paling best, instructor aku yang berbangsa cina lebih senang di panggil uncle Lui sangat pandai bermain gitar dan satu hari dia membuat kejutan dengan membawa kami ke taman dekat tasik KJ (bukan keri jamaluding tuh!) dan menghiburkan kami dengan lagu (yg rupanya) penyanyi feveretnya dan (sebenarnya) feveret aku, Jamal Abdillah diiringi dengan petikan gitar. Pergh! Ternganga aku kejap. Itu yang aku paling ingat sampai hari ni. Marbeles!

Sekarang.
Semua tu dah takdak. Kawan – kawan semua bawak haluan masing – masing. Sudah ada hidup sendiri. Suasana tu pun dah hilang macam tu saja. Aku pun dah takdak kat situ lagi. Uncle Lui? Entahlah, apa dah jadi pada ‘Jamal Abdillah Lui’ tu. Entah hidup, entah dah..! tapi di mana juga semua – semua yang aku ingat ni berada, semoga korang semua hidup baik – baik seadanya. Samada ingat aku atau tidak, itu bukan persoalannya. Yang penting manfaatkan apa yang telah kita pernah lalui sebelum ini. Yang pasti ianya takkan berulang. Hanya sekali. Apapun, terima kasih!
KaLaM DaLaM HaTi
Kejutan budaya terbahagi kepada dua. Kejutan yang berunsur positif dan negatif. Cuma yang selalu menjadi kegusaran semua orang adalah kejutan budaya yang bersifat negatif. Dan seseorang yang berhadapan dengan fenomena tersebut tidak akan mengetahui yang mana satukah arahnya kecuali bila telah melaluinya. Wallahu'alam!

11 comments:

Mak Su said...

uncle lui tu, lagu moses vadham dia tak minat ker?

Anonymous said...

ooo..dia pindah kat Sg Lui, Hulu Langat :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hehehe...

adakah kamu menari bila dia mendendangkan lagu?

=)

izinni said...

sekarang budaya menjadi terkejut dengan budaya muda mudi sekarang ... errr paham ke? ehehehhehe

Anonymous said...

jamal abdillah versi chinese! hehe

zwitterion said...

Uncle Lui tu hensem x?..hehe

Sastri said...

masa mula-mula berhijrah ke WPKL dulu, pakcik-pakcik sas kata takut orang-orang kat WPKL je terkena kejutan budaya nengok sas... cet... keskeskes...

zizie ali said...

nostalgik sungguh!

Pa'chik said...

semua tu dah tak de... tanda ko makin tua la wehhhh.... ekekekek...

err... dulu ko jakun rupanya... bila tokar jadik melayu weh? :P

Pa'chik said...

zwitttttt... jangan menggatal sabah ye... kikiki....

DeeN said...

MaK Su: Tu lagu apo tuh Mak Su? hehehe...

KaK Jie: Haha .. mungkin jugak la, kan? :p

ZaRa: Tak nari, nyanyi jer. Tu pun dlm ati jer. Ekekekee...

KaK HaS: Hehehe... paham, paham, paham!

PeNYu: Kena panggil Jamal Abulolah. Hahaha..! Mykt majmuk!

ZWiTT: Er... besa ler, wajah seadanya. Ekekeee... ikhlas tu jawapan aku. ;)

SaS: Hehehee... mungkinkah ada benarnya..? Er.. er.. tp nape? ;)

ZiZie: Boleh dikatakan juga tragik. Hehehe...!

Pa'CHiK: Pokcik, shadap yu! Yu shadap! Ekekekeee...!! :B

Pa'CHiK LaGi: Alaaa, pokcik dengki kat hang tu Zwitt. Hehehe...