15.2.10

1MaLaYSia

Salam untuk semua!!

Nak cerita apa ya kali ni. Dah makin tandus idea-idea bernas dalam kepala hotak aku ni. Patutnya makin lama, makin teranglah mentol idea. Ini tidak, kejap-kejap malap, plup plap plup plap, padam! Mujur jugak aku bukan di kalangan blogger tegar (ketegaq?). Kalo tak, mau stress dibuatnya. Aku respect la rakan-rakan blogger (selalunya Pa'chik kitalah huahua) yang hari-hari rajin menghapdet blog. Ada jer idea (walopun cedok org lain punya. Hahahaaaa... jangan marah ar!) yang diutaraselatankan. Bijak! Bijak! Tapi aku tak daya la nak wat lagu tuh.

Mungkin ketandusan idea di dalam penulisan berpunca daripada keadaan emosi dan fizikal penulis itu sendiri. Kalau emosi kurang stabil, nak menulis pasal tajuk Saya Sepasang Kasut pun tak leh nak buat. Masalah sana, masalah sini. Yalah skang ni macam-macam masalah ada. Masalah kena warning atau dah kene pecat dek bos sebab asyik berblog time ofishour ke, masalah emak kat kampung asyik paksa kawin ka, masalah setiap kali hujung bulan akaun jadi negatif ka...Bila nak selesai??! Sudah-sudahnya terperuk la blog nih 2-3 minggu, kadang2 sampai 2-3 bulan. Sapa mau jawab??! Satu lagi dari segi fizikal, Kalau sakit tangan ke jari patah ker, camner nak menaipkan. Takkan nak taip ngan jari kaki. Kalau buleh pun, kena plak time tuh jari kaki bercagu ke ibu jari takleh bengkok ke, tak pasal2 kena taip ngan gigi (er... buleh ka?).

Pendekata, kita tidak boleh menyalahkan penulis kalau dah 2-3 bulan, blog tak berhapdet. Bukan dia mintak untuk jadi begitu. Kesian kat dia. Mungkin penulis tu ada masalah yang masih tidak selesai-selesai. Kan, kan, kan. Okeylah, aku nak pi kutip ang pow neh. Ha Ha Ha!



KaLaM DaLaM PLoP PLaP!!

Oh ya! Happy chinese new year utk rakan2 yg menyambutnya. Yang tak sambut, dok diam-diam. Hehehehee....

3.2.10

Hen Mang Ma?

Aik! Tukar lagi? Hmm...

Sibuk sket dengan aktiviti harvest padi. Walaupun tak terlibat langsung, tetapi sibuk tetap sibuk. Sibuk melihat-lihat dan sibuk dengan bomba yang asyik-asyik sibuk bergaduh dengan api di bendang yang kering kontang bahana orang yang lepas hisap rokok, pakai main baling ikut sempat. Dengan angin yang bertiup kencang dan remang senja memberi effect yang menyeramkan. Siapa kata alam tidak punya perasaan dan manusia tidak berakal rasional?!


KaLaM DaLaM BaHaSa aLaM
Hijau bumi Tuhan!

29.1.10

D.U.E.T

Alahai, lagi sekali (rasanya dah terlalu banyak kali) blog ini diabaikan oleh tuannya. Tuannya pun selalu sangat ngelat atau lebih sesuai lagi malas untuk mencetuskan sebarang ilham untuk diabadikan di teratak semak neh. Punca kemalasan tuan empunya teratak yang hampir bersawang ini adalah tak lain tak bukan tertekan dengan desas desus kenaikan harga minyak yang entah ke berapa puluh kali (mungkin mencecah ribuan kali). Mana lagi dengan stress akibat gula yang menokok kepada entah berapa ringgit lagi. Lagi pun jarang sangat dia membeli gula semenjak dua menjak ini. Dia hanya membeli milo ais dan kadang2 susu tanpa gula di kedai yang berhampiran. Memang tidak dapat dia nafikan bahawa zaman ini, belajar tinggi sampai pucuk pokok nyiur pun, kalau tak ada duit, orang tak pandang pun. Kalau pandai buat kerja tapi tak ada kereta paling koman sebijik Perdana v6, jangan harap orang akan respek korang. Orang suka puji tinggi melangit bila dalam tangan paling busuk disua dengan sekeping not yg ada angka 5 dan 0. Bayangkanlah sekarang ni sekali bergerak, duit. Bergerak lagi, duit. Nak membuang pun, duit. Habis apa benda yang kat dalam dunia ni, tak perlukan duit??? Hmm... rasa macam nak balik ke zaman sistem barter plak. Hahahak!!



KaLaM DaLaM KeLaM
Duit, duit, di mana kau duit!
Duit, duit, nak kawin tadak duit!
Duit, duit
, bayar hutang habis duit!
Gilo duit!!!
Hahahahaak!!

13.1.10

DuSTa BeRKaLaNG NoDa!

Selama ni dok dengaq mak buang anak tepi-tepi jalan, dekat masjid, tepi longkang takpon dalam tong sampah. Yalah, bayi yang baru lahir tuh bukan reti nak ikut balik pon. Kalau tak nangis meraung-raung mesti ditemui dalam keadaan tidak bernyawa. Ataupon kita pernah jugak dengaq yang anak-anak tinggalkan mak bapak yang sudah tua dan uzur shapi'e kat rumah kebajikan. Selalunya mak bapak yang ditinggalkan di situ akan menangis tersedu sedan kerana kecik ati, marah atau/dan jugak geram. Tapi ni apahal yang tinggal bapak baru lepas operate jantung kat tepi jalan. Pehtu buleh plak siap bekalkan gerek aka basikal dengan sebab bapak dia mudah nak bergerak. Udahlah dok bersenang lenang menumpang rumah bapak tu jugak. Ghaplah sungguhlah. Sudahnya, si bapak plak kena menumpang kat rumah orang lain. Taktau la apa nak jadik donia zaman skang. baca...





KaLaM DaLaM KeLaM
Hmm.. betapa marah atau kecik ati pada mak bapak kita sekalipon, takkan tergamak nak buang diorang dari hidup kita kan. Apatah lagi pakai main tinggai tepi jalan saja. Memanglah diakui ada mak @ bapak yg jenis baran atau pelbagai sipat negatip yg ada, tp bila dipikirkan, kiranya diorang masih sanggup lagi besaqkan kita, bagi makan minum, tempat tinggai, kain baju. Kan, kan, kan....!

6.1.10

TRaNSMiSi


Ini salah satu gambar yang aku ambil kat Lumut. Dan aku berjaya menjejakkan kaki ke tempat yang aku nak sangat pergi. Bandar TUDM! Malangnya aku telah mencacatkan kenangan manis di sana dengan satu kesalahan yang remeh tapi besar risikonya. Cheh! Boleh aku tak perasan yang diorang dah letakkan amaran tak boleh tangkap gambar kat pangkalan diorang. Hahaha... bengap sungguh aku neh. Buat malu diri sendiri jer. Mujo tak kena cekup. Tapi sempat la pak guard tuh lambai2 tangan kat aku supaya hentikan kerje 'terkutuk' tuh. Muahahahaaa....! "Woi, adik! Awat hang ngok sangat pi amik gambar kat situ. Mana2 pengkalan tentera kat dunia neh mana leh sukahati amik gambar. Mujur tak kena tangkap, kalo tak abis kamera aku!" Kata abang aku, tiba-tiba. "Cheh!" Kataku.
Oh ya, tak beranilah nak tayang gambar2 kapal yg aku ambil tuh. Simpan sendiri jer la. Hehehe...!



Ini dia bulan penuh di pagi tahun baru. Memang cerah pagi tuh. Tapi sayangnya tak sempat nak tunggu sampai ianya menjadi separa gerhana. Takut la tunggu sorang2 kat luar rumah. Eoowww.. seram!!




KaLaM DaLaM KeLaM
Perlukah saja berserah kepada takdir setelah berputus asa untuk mencari jalan keluar? Bersediakah untuk melangkah keluar dari tabir yang menjadi ruang selesa selama ini?
Akan di manakah ruang yang menanti bisa dilabuhkan perhentian ini? ~ sigh~