18.7.16

JULAI 2011 KE JULAI 2016

Assalamualaikum wbt...

Tiba-tiba terlupa macamana nak tulis entry baru. Nampak sangat dah lama tak jejak ke sini. Bukan terlupa, tapi tak ada kesempatan (Baca: Malas). Banyak perubahan dah berlaku. Dari tahun Julai 2011 hinggalah menjejak kembali bulan Julai 2016. Rakan-rakan blogger pun dah lama menyepi kecuali yang mana di 'add' dalam fesbuk. Tiba-tiba rasa rindu pada saat-saat aktif berblog. Harap-harap walaupun dah beranak 3, mood rajin berblog dapat dijana kembali (mampukah?). 


PASKAL is back! Well . . . *Ahak*

PASKAL said:
Semalam itu kenangan, hari ini kenyataan, esok mungkin harapan!

5.7.11

Menyesal Pun Tak Guna

Assalamualaikum wbt...

Kembali lagi. Sari berita penting. Seorang suami merasa menyesal kerana telah berterus terang dengan isterinya bahawa beliau telah berpoligami. Akibat daripada pengakuan tersebut sang suami terpaksa menerima pengakuan isterinya bahawa dia juga mempunyai kekasih baru. Berita bersambung selepas iklan ubat nyamuk cap gajah. Tut!

Menyesal, menyesal, menyesal. Hm.. apa pun tak dapat. Boleh tujukan lagu?

Bercakap pasal menyesal ni (kat atas tu cuma contoh ringan - ringan jer), ramai yang berperasaan demikian setelah melakukan atau berkata sesuatu terhadap orang lain. Sebab tu ada pepatah mengatakan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, apa pun tak dapat! Nak tarik balik pun, benda dah terlajak buat/cakap, mana boleh rewind macam video/cd/dvd. Oleh itu, kena fikir dulu baru buat. Tapi kalo dah egois tuh, nak buat camner. Redah jer la. Try mintak maaf, pastu tengoklah apa yang boleh dibuat. Lain la kalau ada teknik/taktik lain yang lebih kreatif. Takpun cuba buat hati kering. Buat donno jer. Agak - agak boleh tu, kira ok la.

Hm.. korang rasa korang pernah jadik macam ni ker. Menyesal setelah buat something. Ada? Ada? Bukan apa, sebenarnya aku pun tengah rasa macam tu gak. Tu pasal keluar entri ni. Apa boleh buat, bila ego mencanak - canak. Hahaha... implikasinya... haha .. apa pun tak dapat. Padan muka aku. Huhuhu~

Wasallam. Take care semua~

28.6.11

KeMBaLi LaGI

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Sekali lagi, percubaan untuk meninggalkan dunia pemblogan secara total tidak menjadi!!
Rupanya masih ada lagi sisa - sisa rajin untuk berkongsi apa jua pemikiran dan perasaan aku tatkala ini. Takpa, takpa. Bukan masalah besar tu. Biasa saja!

Kalau mengikut tarikh terakhir entri aku sebelum ini adalah pada bulan Mei 2010. Sekarang dah masuk bulan Jun 2011. Alahai, cukup jugak setahun aku tahan tak berblog. Haha! Tapi takpa, masih juga bukan perkara penting pun. Biasa saja!

Ekhem!
Rupanya, kata - kata seorang blogger otai yang dah lama aku kenal dalam dunia siber ni, terbukti tepat. Aku kembali berblog lepas aku telah punya cahayamata! Masin sungguh mulut Pa'chik neh! Hah! Tapi takpa. Kira okay jugalah sebab ianya bukan satu isu pun. Hal biasa - biasa saja.

Untuk permulaan yang entah kali ke berapa, aku tangguhkan dulu penulisan aku kali ini. Insya Allah, kalau masih lagi umur panjang dan punya cerita - cerita menarik untuk dikongsi, adalah entrinya. Itupun kalau masih ada yang sudi untuk menjengah teratak lama yang dipermodenkan ni lagi. Adios!!

26.5.10

Re: MiMPi iTu iLuSi?

Salam...

Pergh! Dah lama giler rasanya aku ketiduran. Pakej dengan mimpi ngeri dan sedikit mamai. Dah bulan berapa neh? Gila ah!! Apa aku dah buat selama aku ketiduran neh? Mujur gak masih boleh bangun. Kalo tak dah lama aku ditalkinkan. Huhuk~

Bercakap pasal mimpi ngeri, agak-agaknya bila rasanya kali terakhir korang bermimpi... ngeri. Dan bila terjaga masih ingat lagi mimpi korang tuh. Dan rasa macam mimpi tu betul-betul macam real. Pernah? Pernah? Pernah?

Oklah, aku chow dulu. Nanti sambung kendian di dalam dunia baru. Isk, rasa macam mimpi plak. Huhuk~

DeeN

24.2.10

~ LaGu uNTuKMu ~

...1 2 3 ...
Bukan tidak menghargai apa yang muncul di depan mata

Cuma terasa belum masa untuk menerimanya
Masih terasa panjang langkah untuk menongkah
Arah masih belum menepati sasaran
Kudrat belum kuat untuk menahan
Tapi, bila ia menjadi hukum
Tiada lagi daya untuk sebarang alasan
Menolak ertinya engkar
Tapi bila menerima ertinya dia menolak segala pilihan
Namun tiada kekuatan untuk menolak ketentuan
Jika itu takdir dariNYA!
~sign~



KaLaM TaTKaLa eLeKTRiK PaDaM
Nak tido.... nak tido ..... nak tido ......
nak tidoooo .... tidoooooooooo.........!!
ZZZzzzz....!!